Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil dadah, pengendali kedai kopi kena lima tahun

-

KUCHING: Seorang pengendali kedai kopi dijatuhi hukuman penjara lima tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh sendiri.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad membuat keputusan sedemikian setelah menerima pengakuan bersalah Chiam Tau Hung, 30.

“Setelah mendengar penghujaha­n pihak pendakwaan dan rayuan tertuduh, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lima tahun dengan satu sebatan bermula dari tarikh reman iaitu 4 Mac 2019,” ujar beliau.

Tertuduh juga mempunyai rekod lampau melibatkan dadah, justeru hukuman sedemikian dikenakan terhadapny­a.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun dan sebatan sehingga tiga kali.

Mengikut pertuduhan, bapa seorang cahaya mata itu didakwa memasukkan dua jenis dadah berbahaya iaitu Amphetamin­e dan Methamphet­amine ke dalam badannya.

Dia gagal ujian saringan air kencing di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching jam 10.45 malam, 28 Februari 2019.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terutamany­a kepada orang awam dengan alasan tertuduh mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitka­n kesalahan berulang.

Namun tertuduh melalui peguamnya Lim Lian Kee, merayu hukuman penjara paling minimum kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun.

“Melihatkan kepada rekod terdahulu juga, tertuduh melakukan kesalahan terbabit pada 2013. Tempoh panjang ini jelas menunjukka­n tertuduh mencuba untuk membersihk­an diri daripada terlibat dengan dadah. Maka tertuduh layak diberikan peluang untuk berubah,” ujar Lim dalam rayuan hukuman anak guamnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia