Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara tiga bulan kerana curi radio masjid

-

KUCHING: Seorang lelaki yang mengaku bersalah mencuri radio dari masjid Kampung Goebilt dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Sahhil Kanil, 30, masuk ke dalam masjid melalui tingkap yang tidak berkunci pada jam 7 pagi, 9 Ogos lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n dengan jelas bahawa Sahhil berada di dalam masjid dan mencuri sebuah radio pada hari kejadian.

Sahhil juga cuba memecahkan tabung besi masjid dengan niat hendak mencuri wang tabung itu, namun gagal.

Pertuduhan dikemukaka­n di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kedua serta seterusnya, tertuduh juga boleh dipenjara dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah melupuskan harta curi berbentuk telefon bimbit.

Faris Mahjah, 25, didapati melupuskan harta curi tersebut dengan cara menjualnya kepada lelaki berusia 29 tahun.

Dia menjual telefon bimbit curi itu dengan harga RM80 semasa berada di Kampung Sungai Lumut, Jalan Sultan Tengah pada jam 7.30 pagi, 20 Julai lalu.

Untuk kesalahan itu, dia disabitkan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia