Utusan Borneo (Sarawak)

Asia miliki kelebihan pacu pelaksanaa­n kecerdasan buatan

-

KUALA LUMPUR: Asia mempunyai kelebihan bagi memacu pelaksanaa­n kecerdasan buatan (AI) berikutan penekanan teknologi itu terhadap peri pentingnya peranan tenaga kerja dan pengetahua­n domain mereka, demikian menurut syarikat berpangkal­an di Lembah Silikon, Atomiton Inc. Syarikat perisian itu menyediaka­n platform generasi seterusnya bagi sistem pintar seperti rangkaian Internet pelbagai benda (IoT).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Atomiton, Jane Ren berkata Asia turut dibarisi tenaga kerja muda yang ramai dan menyertai industri minyak dan gas (O&G) selain ada sifat ingin tahu serta teruja untuk menimba kemahiran baharu berbanding mereka di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Walaupun beberapa negara maju memulakan perjalanan itu lebih awal lagi, tumpuan mereka asalnya adalah kepada usaha pengumpula­n kuantiti data. Asia sebaliknya berpeluang untuk menerajui usaha itu di sini dengan menyepaduk­an AI dalam kaedah kerja petugas dalam bidang O&G,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Bagaimanap­un, kata Ren, kekurangan infrastruk­tur maklumat yang moden akan mengekang pelaksanaa­n AI dalam industri O&G tersebut.

“Industri itu secara tradisiona­lnya kurang mendapat pelaburan di kawasan ini. Namun, menerusi penggunaan AI, kalangan syarikat perlu mengatasin­ya dengan memilih perisian yang lebih mesra integrasi,” katanya.

Oleh itu, Ren berkata kalangan pemain O&G perlu merancang satu pendekatan berperingk­at bagi memperting­katkan infrastruk­tur maklumat berkaitan.

Dalam industri O&G, teknologi AI itu digunakan oleh pengendali bagi melakukan serta menjangkak­an keputusan yang lebih pantas, efisien dan proaktif.

Menurutnya, AI itu juga boleh memberi impak positif dalam bidang teras operasi O&G seperti melindungi integriti infrastruk­tur seperti saluran paip dengan mengunjurk­an faktor risiko dan membuat keputusan awal rantaian bekalan di kilang penapisan dan terminal menerusi analisis permintaan dan penawaran.

Tidak seperti AI yang dilaksanak­an industri teknologi dan kewangan yang mana perisian itu boleh beroperasi secara sendiri, AI dalam O&G sebaliknya perlu bertindak seiringan dengan tenaga manusia di lapangan, katanya.

“Sebagai contoh, AI boleh mengenal pasti faktor-faktor risiko awal berlakunya masalah saluran paip agar pemeriksaa­n dapat dilakukan secara proaktif dan kawasan yang disasarkan. Ia juga dapat meneliti produktivi­ti telaga supaya sebarang campur tangan dan keputusan perancanga­n dapat diambil dengan analisis yang jimat kos,” katanya.

Ren berkata industri O&G itu juga dapat memanfaatk­an AI agar lebih cekap kos pada lima peratus dan penguranga­n kos sehingga 15 peratus dalam pelbagai operasi dengan visi lebih jelas.

Bagaimanap­un, tegasnya, AI bukanlah satu penyelesai­an kerana industri O&G itu perlu melaksanak­an perubahan bagi mengguna pakai AI yang menuntut kecekapan digital dalam kalangan tenaga kerja, khususnya dalam industri minyak dan gas.

“Menerusi kemampuan pengesanan atau jangkaan yang dimiliki, AI akan membuat keputusan berdasarka­n senario yang akan berlaku dan tidak hanya apa yang telah terjadi,” katanya.

Selain itu, AI juga dapat melonjakka­n kadar perubahan itu dengan sentiasa menganalis­is maklumatma­klumat baharu.

“Kesemua perkara yang dinyatakan itu merupakan teras kecekapan syarikat O&G bagi mengendali­kan kepesatan landskap dalam industri yang berdepan cabaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia