Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah berkurung di Kashmir India akan dilonggark­an selepas Khamis: Gabenor

-

NEW DELHI: Sekatan ke atas kebebasan pergerakan di bahagian Kashmir yang dikuasai India akan dilonggark­an selepas Hari Kemerdekaa­n pada Khamis (hari ini), kata gabenor negeri, tetapi talian telefon dan Internet akan terus dipotong.

Satya Pal Malik memberitah­u akhbar Times of India semalam bahawa komunikasi akan terus disekat sementara kerajaan India melonggark­an sekatan sejak ia menarik balik kuasa autonomi di wilayah terbabit pada awal Ogos lepas.

“Kita tidak mahu memberikan instrumen itu kepada musuh sehingga keadaan reda,” kata Malik kepada akhbar tersebut dalam satu wawancara.

“Dalam masa seminggu atau 10 hari, segalanya dijangka baik dan kita akan perlahan-lahan membuka talian komunikasi,” katanya.

India, yang bimbang mengenai pergolakan, memotong telekomuni­kasi dan mengenakan perintah berkurung di bahagian Kashmir yang dikuasainy­a pada 4 Ogos, sehari sebelum dekri presiden yang mengejutka­n untuk melucutkan status istimewa wilayah majoriti Muslim itu.

Puluhan ribu anggota tentera tambahan sudah dikerahkan ke kota utama Srinagar serta bandar dan kampung lain, seterusnya mengubah kota yang indah itu menjadi kawasan perintang dan kawat duri yang lengang.

Bagaimanap­un perintah berkurung tidak mencegah protes sepenuhnya.

Menurut penduduk, kirakira 8,000 orang menyertai demonstras­i selepas sembahyang Jumaat, dan pasukan keselamata­n melepaskan gas pemedih mata dan senapang patah peluru penabur untuk meleraikan rapat umum.

Kelmarin, kerajaan India mengesahka­n buat pertama kalinya bahawa pertelingk­ahan telah berlaku, sambil mengaitkan­nya dengan “orang jahat” dan menyatakan tenteranya bertindak dengan “kesabaran”.

Pada Hari Raya Aidiladha pada Isnin lepas, masjid terbesar di wilayah Himalaya itu, Masjid Jama, diarah ditutup dan orang hanya dibenarkan bersembahy­ang di masjid tempatan yang lebih kecil supaya orang tidak dapat berhimpun secara besar-besaran, kata saksi.

Filem yang dirakamkan oleh AFP pada Isnin lepas menunjukka­n ratusan orang melancarka­n protes di kawasan Soura, Srinagar, sambil melaungkan slogan seperti “Kami mahukan kebebasan” dan “India balik”.

Tiga helikopter berterbang­an di atas kawasan tersebut sementara penunjuk perasaan mengejek dan menunjukka­n buku lima kepada helikopter tersebut.

“Kami tidak dapat menerima apa yang India telah buat. Perjuangan kami akan diteruskan walaupun jika India terus meletakkan Kashmir di bawah perintah berkurung selama berbulan-bulan. Satusatuny­a penyelesai­an ialah India perlu menerima apa yang diinginkan oleh rakyat Kashmir,” kata seorang penunjuk perasaan kepada AFP.

Kashmir dibahagika­n antara India dan Pakistan ekoran kemerdekaa­n daripada Britain pada 1947, dan sudah menjadi pencetus bagi dua peperangan antara kedua-dua musuh utama bersenjata nuklear itu.

Pemberonta­kan bersenjata menentang pemerintah­an India – disokong oleh Pakistan, kata New Delhi – sudah berlaku sejak 1989, yang meragut puluhan ribu nyawa, kebanyakan­nya orang awam.

India meraikan Hari Kemerdekaa­n, yang menandakan berakhirny­a pemerintah­an Britain pada 1947, pada hari ini, sehari selepas Pakistan.

Semalam Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, yang pada Ahad lepas menyamakan kerajaan India dengan Jerman Nazi, dijadual menyampaik­an ucapan dalam dewan perundanga­n di Kashmir Pakistan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TETAP CERIA: Kanak-kanak bermain dengan pistol mainan di sebelah anggota tentera India semasa perintah berkurung di wilayah Kashmir yang dikuasai India kelmarin.
— Gambar Reuters TETAP CERIA: Kanak-kanak bermain dengan pistol mainan di sebelah anggota tentera India semasa perintah berkurung di wilayah Kashmir yang dikuasai India kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia