Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert INSPIRASI Afgan – Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober ini

-

PENYANYI dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi sebuah konsert INSPIRASI – Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan Inspirasi, konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi Afgan dalam mengharung­i cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri.

Konsert ini juga bertambah istimewa kerana bakal menampilka­n buat julung kalinya artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri, Dato’ Sheila Majid.

Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini pastinya amat diimpikan peminat Afgan khususnya untuk melihat kolaborasi unggul di antara dua penyanyi tersohor Malaysia dan Indonesia ini.

Tiket konsert boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box). Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://proticket. com.my/inspirasi2­019afganli­veinkualal­umpur/.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia