Utusan Borneo (Sarawak)

Edar dadah: Pasangan tunang dan rakan terlepas tali gantung

Penyiasata­n ‘tidak lengkap, tidak menyeluruh dan tidak terperinci’

-

SHAH ALAM: Tangisan kegembiraa­n keluarga mengiringi pasangan tunang serta seorang rakan mereka yang terlepas tali gantung apabila dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar kanabis oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membebas dan melepaskan Kamarul Izwan Rasidi, 28, dan tunangnya Nursyuhada­h Md Zain, 28, serta rakan mereka, Amaluddin Gulam Mohamad, 26, selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie.

Sejurus prosiding berakhir, mereka kelihatan memeluk ahli keluarga masing-masing yang berada di galeri

awam.

Kamarul Izwan, Nursyuhada­h dan Amaluddin sebelum ini dibicaraka­n atas pertuduhan bersama-sama mengedar kanabis seberat 512 gram di tepi Jalan PJS 8/5, Sunway Mentari, Sungai Way, dekat sini, kira-kira jam 9 malam pada 8 Feb 2018.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai empat saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dengan 24 eksibit dikemukaka­n kepada mahkamah sepanjang perbicaraa­n yang bermula pada 13 Mei lepas.

Terdahulu, dalam penghakima­nnya, Abdul Halim berkata antara asas kes berkenaan gagal dibuktikan sebagai kes prima facie berikutan penyiasata­n dilakukan

Pengesanan (cap jari) oleh bahagian forensik pula dilakukan dua hari sebelum perbicaraa­n kes berakhir pada Julai lepas. Ini menunjukka­n sikap tidak prihatin pegawai penyiasat kes. Berdasarka­n kepada asas-asas itu, mahkamah memutuskan ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Datuk Abdul Halim Aman Hakim

secara ‘tidak lengkap, tidak menyeluruh dan tidak terperinci’.

“Pegawai penyiasat kes mengakui gagal memadankan tujuh kesan cap jari pada eksibit yang dikemukaka­n dengan mana-mana tertuduh disebabkan masalah sistem (cap jari) sehingga perlu dihantar kepada pihak forensik.

“Pengesanan (cap jari) oleh bahagian forensik pula dilakukan dua hari sebelum perbicaraa­n kes berakhir pada Julai lepas. Ini menunjukka­n sikap tidak prihatin pegawai penyiasat kes. Berdasarka­n kepada asas-asas itu, mahkamah memutuskan ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Kamarul Izwan diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin serta Mohamad Salihen Mastor manakala Nursyuhada­h diwakili peguam Gerard Lazarus.

Amaluddin pula diwakili peguam Datuk N. Sivanantha­n dan Dhanyaa Shreeya sementara Timbalan Pendakwa Raya Zuraini Abdul Razak mewakili pihak pendakwaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Amaluddin (kiri) berjalan keluar dari mahkamah selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis ganja di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama BEBAS: Amaluddin (kiri) berjalan keluar dari mahkamah selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis ganja di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia