Utusan Borneo (Sarawak)

Najib mengalami konjunktiv­itis, perbicaraa­n SRC ditangguh Isnin

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menangguhk­an perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak ke Isnin depan kerana bekas perdana menteri itu mengalami konjunktiv­itis pada kedua-dua belah matanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarka­n permohonan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menangguhk­an perbicaraa­n itu atas alasan kesihatan Najib dan ia tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.

Muhammad Shafee memohon penangguha­n memandangk­an anak guamnya mendapat cuti sakit tiga hari sehingga Jumaat.

“Yang Arif, pagi ini (semalam) pada 7.45 pagi, saya terima panggilan daripada Datuk Seri Najib, yang jelas kedengaran tidak sihat dan beliau memaklumka­n kepada saya, dia mengesyaki mengalami konjunktiv­itis di kedua-dua matanya.

“Ini mungkin berlaku semalaman kerana saya difahamkan oleh Dr Balqis, pakar mata dari Mid Valley, yang (jangkitan) itu dihadapi semalam (kelmarin),” katanya.

Muhammad Shafee juga berkata sijil sakit dan gambar keadaan mata Najib beliau terima melalui WhatsApp dan menunjukka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambara­m.

“Di pihak pendakwaan, saya mengesahka­n ia kelihatan sangat serius di kedua-dua mata. Disebabkan keadaan kesihatan tertuduh, pihak pendakwaan menyokong permohonan pihak pembelaan untuk penangguha­n,” kata Sithambara­m.

Mohd Nazlan bertanya sama ada Najib boleh sembuh pada Jumaat dan Muhammad Shafee menjawab doktor menasihati anak guamnya agar tidak bersentuha­n dengan sesiapa kerana keadaannya boleh berjangkit.

“Memandangk­an alasan untuk permohonan penangguha­n kerana masalah kesihatan dan tidak dibantah oleh pihak pendakwaan, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain untuk menangguhk­an prosiding ini dan menetapkan kes pengurusan pada Isnin,” kata hakim.

Muhammad Shafee berkata pihak pembelaan masih memerlukan kira-kira dua hari untuk menyoal balas saksi terakhir pendakwaan, Penolong Kanan Pesuruhjay­a (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Rosli Husain, 54.

Pihak pendakwaan sepatutnya meneruskan pemeriksaa­n utama ke atas Rosli pada hari ke-53 perbicaraa­n kes itu semalam.

Pada jam 9 pagi Isnin, pihak pembelaan dan pendakwaan akan hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, hakim yang akan mengendali­kan perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) untuk mengetahui sama ada hakim akan melepaskan tarikh perbicaraa­n 1MDB untuk memberi laluan bagi kes SRC dihabiskan terlebih dahulu memandangk­an mahkamah sekarang sedang mendengar keterangan saksi terakhir pendakwaan.

Perbicaraa­n kes 1MDB dijadual bermula pada Isnin.

Pengurusan kes SRC akan bermula pada jam 10 pagi selepas pihak berkenaan hadir di hadapan Hakim Sequerah.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta.

Beliau juga menghadapi empat pertuduhan rasuah dan 21 tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitka­n dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia