Utusan Borneo (Sarawak)

Transgende­r Ronaldo didenda kerana tawar seks

-

KUALA LUMPUR: Seorang transgende­r warga Filipina dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, minggu lepas.

Majistret Noorasyiki­n Sahat menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Ronaldo Jr Ramos, 39, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Ronaldo didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundala­n kepada Lans Koperal Muhammad Fidzrii Mohd Zulkefli dengan bayaran RM200 untuk sekali perkhidmat­an itu di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, pada kira-kira jam 5 petang, 6 Ogos lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia