Utusan Borneo (Sarawak)

Ketahui cara melaporkan ancaman siber

Lapor melalui borang dalam talian, e-mel, SMS, panggilan telefon, faks atau Cyber999

-

KUALA LUMPUR: Ancaman sentiasa bersembuny­i di dunia siber tetapi apakah netizen tahu di mana hendak mengadu apabila mereka akhirnya menjadi mangsa serangan siber seperti serangan malware atau bahkan gangguan siber, pembuli siber atau penipuan?

Ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui apa yang harus dilakukan seterusnya kerana mereka tidak mengetahui jalan yang ada bagi mendapatka­n bantuan dan mengambil langkah pencegahan daripada menjadi mangsa kepada insiden keselamata­n siber dan salah laku.

“Orang ramai harus dididik kepada siapa harus mereka laporkan setiap kali menghadapi serangan siber terutamany­a melihat fakta jenayah siber semakin kompleks dan Internet sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita,” kata Ketua Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) Megat Muazzam Abdul Mutalib.

Pusat pengendali­an dan respons insiden keselamata­n komputer MyCERT Cyber999 serta Pusat Penyelidik­an Malware Cybersecur­ity Malaysia menyediaka­n rujukan kepada pengguna Internet Malaysia dalam menangani insiden keselamata­n komputer.

Megat Muazzam berkata ancaman dan insiden siber boleh dilaporkan melalui borang dalam talian, e-mel, SMS, panggilan telefon, faks, atau aplikasi mudah alih Cyber999 atau hanya berjunjung ke Klinik MyCyberSec­urity yang terletak di Cyberjaya.

Pada 2018, sebanyak 10,699 insiden dilaporkan kepada MyCERT, yang memperliha­tkan kenaikan 34 peratus berbanding tahun 2017.

Malware atau kod berniat jahat, merangkumi 1,700 kes daripada jumlah keseluruha­n pada 2018, menjadikan­nya serangan serangan siber tertinggi ketiga yang dilaporkan selepas serangan penipuan dan penceroboh­an pada tahun sebelumnya.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2019, sejumlah 429 kes yang dilaporkan diklasifik­asikan sebagai serangan malware.

Beliau berkata serangan ransomware terutamany­a telah meningkat dengan 62 kejadian yang dilaporkan

Ketua Pasukan MyCERT

pada 2018 dan ini perlu diberi perhatian kepada orang ramai dan juga syarikat.

Menurut laporan Cyber Security Malaysia yang dilancarka­n pada Mac 2019, ransomware adalah salah satu daripada enam ancaman siber dominan yang diterima dan dikendalik­an oleh MyCERT pada tahun 2018. Yang lain adalah serangan merchant siber, penipuan web, pelanggara­n data, fail APK yang berniat jahat dan malware cryptomini­ng.

Serangan ransomware adalah serangan malware yang mengunci peranti pengguna dan / atau menyulitka­n fail mereka, kemudian memaksa mereka untuk membayar ‘tebusan’ untuk mendapatka­nnya kembali dengan ransomware yang paling terkenal iaitu “Wannacry” yang pada masa puncaknya telah melanda lebih daripada 100,000 organisasi di sekurang-kurangnya 150 negara.

“Kami telah menerima banyak laporan mengenai ransomware, dan kami juga menerima laporan tidak rasmi bahawa ia juga berlaku kepada sesetengah syarikat, termasuk agensi kerajaan yang memberitah­u bahawa mereka telah digodam dan diserang oleh ransomware,” katanya.

Berdasarka­n analisa CyberSecur­ity Malaysia 2018, insiden ransomware menunjukka­n bahawa penyerang siber mungkin didorong secara kewangan untuk menyasarka­n organisasi dengan menggunaka­n ransomware untuk keuntungan kewangan yang menyebabka­n banyak organisasi di dunia menanggung perbelanja­an kewangan yang besar untuk kos pemulihan data, kos operasi, dan perbelanja­an lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecur­ity Malaysia Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata laporan mengenai ancaman melalui Cyber999 amat penting kerana ia akan membolehka­n agensi berkenaan menganalis­is ancaman itu dan menyalurka­n laporan dan hasil penyiasata­n kepada agensi penguatkua­sa yang berkaitan untuk tindakan selanjutny­a.

“CyberSecur­ity Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pelaku kerana kami adalah agensi teknikal dengan itu, ia adalah di luar skop kerja kami,” katanya sambil menambah bahawa CyberSecur­ity sedang bekerjasam­a dengan hampir semua agensi penguatkua­saan undang-undang di negara ini untuk memastikan ancaman siber ditangani. — Bernama

Orang ramai harus dididik kepada siapa harus mereka laporkan setiap kali menghadapi serangan siber terutamany­a melihat fakta jenayah siber semakin kompleks dan Internet sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita.

Megat Muazzam Abdul Mutalib

 ?? — Gambar Bernama ?? MUSNAH: Sebuah pencawang telekomuni­kasi musnah dalam kebakaran di Jalan 93, FELDA Sungai Sayong dekat Kulai petang semalam.
— Gambar Bernama MUSNAH: Sebuah pencawang telekomuni­kasi musnah dalam kebakaran di Jalan 93, FELDA Sungai Sayong dekat Kulai petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia