Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuah pencawang telekomuni­kasi musnah dalam kebakaran di FELDA Sungai Sayong

-

JOHOR BAHRU: Sebuah pencawang telekomuni­kasi musnah dalam kebakaran di Jalan 93, FELDA Sungai Sayong dekat Kulai, petang kelmarin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian EMRS 999 pada jam 6.34 petang memaklumka­n mengenai kebakaran pencawang telekomuni­kasi berukuran 18 meter itu.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dengan kekuatan anggota seramai enam bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Pihak bomba kemudian melakukan pemadaman dengan menggunaka­n dua unit alat pemadam api jenis debu kering kerana tiada akses jentera untuk masuk ke lokasi kebakaran berikutan laluan merupakan ladang kelapa sawit,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Mohd Rafi berkata bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Beliau berkata operasi berkenaan berjaya ditamatkan pada jam 7.41 malam.

“Punca, peratus kebakaran serta anggaran kerugian masih didalam siasatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia