Utusan Borneo (Sarawak)

Kerani wanita kerugian lebih RM25,OOO akibat ‘Macau Scam’

-

KUANTAN: Seorang kerani wanita mendakwa kerugian RM25,498.80 selepas terperdaya dengan helah sindiket ‘Macau Scam’ sehingga mendedahka­n butiran peribadi perbankan miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 39 tahun dari Kuala Terla di Cameron Highlands mendakwa dihubungi suspek lelaki pada petang kelmarin, dengan memperkena­lkan diri sebagai pegawai bank.

‘Pegawai bank’ itu mendakwa kad pengenalan mangsa telah disalahgun­akan untuk membuat kad kredit yang kini dikatakan mempunyai tunggakan berjumlah RM6,000.

“Mangsa mendakwa panggilan itu disambungk­an ke ‘pegawai polis’ yang menyiasat kes salah guna kad pengenalan dan antara soalan yang diajukan ialah berkaitan maklumat perbankan mangsa.

“Mangsa menjawab semua soalan ‘pegawai polis’ itu dan selang dua jam kemudian, menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bank menyatakan berlaku transaksi dalam jumlah besar daripada akaunnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata mangsa terus membuat semakan secara atas talian dan mendapati terdapat tiga transaksi pemindahan wang dilakukan berselang 30 minit yang tidak dilakukann­ya.

Sehubungan itu, mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands dan siasatan dijalankan mengikut Seskyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, seorang pekerja am loji air di Rompin mendakwa kerugian RM22,000 selepas memindahka­n wang ke dalam akaun yang diberikan ‘Inspektor Imran’ yang menghubung­inya pagi kelmarin.

Mohd Wazir berkata mangsa yang berusia 57 tahun mendakwa ‘pegawai polis’ itu memaklumka­n dirinya terlibat dalam jenayah dadah dan penggubaha­n wang haram.

“Mangsa mendakwa telah mengikut arahan pegawai polis untuk memindahka­n wangnya kerana bimbang akaun bank itu akan dibekukan jika siasatan mengambil masa yang panjang,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai samseng jalanan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes buli jalan raya terhadap seorang pemandu wanita berhampira­n bulatan Cheras di Jalan Yaacob Latif, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras petang kelmarin.

“Lelaki itu direman sehari dan kertas siasatan akan diserah kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Pengadu yang rasa takut dan bimbang akan berlaku perkara lebih buruk sekiranya terus berada di lokasi kejadian kemudian memandu dan menuju ke balai polis berhampira­n untuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata semasa kejadian, penumpang di sebelah mangsa sempat merakam tindakan lelaki yang cuba mengancam mereka.

Dalam kejadian jam 2.30 petang Sabtu lepas, mangsa yang memandu kereta dan dalam perjalanan ke Johor, dilaporkan terlanggar sebuah kereta di hadapannya yang berhenti secara mengejut berhampira­n bulatan Cheras. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia