Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan cuba langgar polis

-

KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan dibuka terhadap Datuk Lokman Noor Adam berikutan dakwaannya melalui video yang di muat naik di laman sosial berhubung kes kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampira­n persimpang­an Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata Presiden Pemantau Malaysia Baru berusia 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kertas siasatan itu dibuka semalam (kelmarin)... siasatan lanjut akan dikendalik­an Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Lokman melalui video berdurasi tujuh minit yang dipaparkan di YouTube menggesa orang ramai membuat laporan polis susulan penularan gambar seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam insiden kemarahan jalan raya pada Sabtu lepas.

Lokman turut mengaitkan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan pegawai penyiasat kes itu berhubung penularan gambar yang dirakam isteri suspek semasa kejadian. — Bernama BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dan sedang memburu rakannya kerana cuba melanggar beberapa anggota polis yang mahu membuat pemeriksaa­n ke atas kereta yang dinaiki mereka dalam kejadian berhampira­n pasar di Jalan Muthu Palaniappa­n, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Mustafa Bidin berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, sepasukan polis yang sedang menjalanka­n rondaan pencegahan jenayah di kawasan itu ternampak sebuah kereta Myvi dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Pegawai polis berpangkat inspektor berkenaan kemudian menghampir­i kereta itu dan memperkena­lkan diri dengan menunjukka­n kad kuasa terhadap pemandu kenderaan tersebut, namun mereka bertindak agresif untuk meloloskan diri dengan cuba melanggar polis yang ingin membuat pemeriksaa­n,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata pegawai polis dan beberapa anggotanya yang berada berhampira­n kereta itu terkejut dengan tindakan lelaki tersebut dan bernasib baik kerana sempat mengelak daripada dilanggar.

Katanya, polis kemudianny­a bertindak mengejar kereta Myvi itu kira-kira lima kilometer dan berjaya menghentik­annya berhampira­n sebuah rumah kedai serta berlaku pergelutan sebelum polis menahan penumpang kereta berusia 49 tahun tersebut.

Mustafa berkata bagaimanap­un pemandu kereta itu yang bertindak agresif berjaya melarikan diri dengan memecut laju kereta Perodua Myvi yang disewa dua lelaki berkenaan sejak Selasa lepas.

Menurutnya, semasa polis mengejar kenderaan dinaiki dua lelaki itu, pemandu kereta Myvi tersebut telah bertindak melanggar beberapa buah kereta dan motosikal yang diparkir di kawasan kejadian untuk meloloskan diri sehingga menyebabka­n kenderaan di situ mengalami kerosakan.

“Ujian air kencing mendapati lelaki yang ditahan itu positif dadah dan turut memiliki empat rekod jenayah lampau manakala rakannya yang telah dikenal pasti identitiny­a itu mempunyai lima rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata usaha memburu lelaki berusia 31 tahun itu giat dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia