Utusan Borneo (Sarawak)

Lovren ‘dalam perjalanan’ ke Roma, tidak sertai Liverpool ke Istanbul

-

ROM, Itali: AS Roma dikatakan sedang berunding dengan Liverpool untuk cadangan perpindaha­n bernilai 15 juta pound untuk Dejan Lovren, yang mungkin menamatkan karier sepanjang lima tahun pemain pertahanan tengah itu di Anfield.

Lovren mendapati peluang beliau untuk bermain semakin kurang sejak kembali untuk latihan pramusim dengan pengurus kelab, Jurgen Klopp lebih suka menggandin­gkan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez dengan Joep Matip – yang beraksi cemerlang pada akhir musim lepas – sebagai pilihan utama dalam kesebelasa­n utama.

Roma dikaitkan dengan pembelian Lovren sepanjang musim panas ini tetapi ia difahamkan rundingan sedang berjalan dan Liverpool akan bersedia untuk menjual pemain antarabang­sa Croatia itu sebelum pasaran perpindaha­n pemain di Eropah ditutup pada 31 Ogos ini.

Lovren tidak bersama-sama skuad Liverpool ke Istanbul untuk perlawanan

Piala Super Eropah menentang Chelsea dengan Liverpool mengemukak­an alasan “tidak sihat” di atas ketiadaan beliau bersama pasukan.

Selain Van Dijk, Gomez dan Matip, Liverpool membeli pemain muda berbakat, Sepp van der Berg dari FC Zwolle pada bulan Jun sementara Fabinho juga berupaya bermain di posisi pertahanan tengah, seperti ketika perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada bulan Februari.

Ia pastinya mengecewak­an buat Lovren, yang mempunyai baki kontrak dua tahun lagi di Anfield untuk meninggalk­an Liverpool tetapi peluang untuk memulakan semula kariernya dan bermain dengan lebih kerap adalah satu peluang yang sukar untuk beliau lepaskan.

Beliau tiba di Liverpool dari Southampto­n pada Julai 2014 dengan yuran perpindaha­n 25 juta pound – satu rekod kelab untuk seorang pemain perpindaha­n ketika ini.

Beliau mengharung­i beberapa kenangan manis di kelab, termasuk tandukan gol beliau yang menewaskan Borussia Dortmund pada perlawanan suku akhir Liga Europa. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Klopp (tengah) ketika mengendali sesi latihan skuad Liverpool menjelang perlawanan Piala Super Eropah menentang Chelsea di Istanbul, Turki kelmarin.
— Gambar AFP CEDERA: Klopp (tengah) ketika mengendali sesi latihan skuad Liverpool menjelang perlawanan Piala Super Eropah menentang Chelsea di Istanbul, Turki kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia