Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dialu-alukan sertai larian amal ‘Run for Love 2019’

-

MIRI: Masyarakat setempat masih dialu-alukan bagi menyertai larian amal ‘Run for Love 2019’ anjuran Persatuan Perkhidmat­an Paliatif Miri (PCAM) di Miri Time Square Miri pada 6 Oktober depan.

Pengerusi Penganjurn­ya, Vivian Sheila berkata tarikh tutup pendaftara­n larian itu adalah pada hari ini (15 Ogos) dan berharap masih mendapat sokongan daripada orang ramai.

“Kita telah menerima penyertaan seramai 166 peserta daripada Noble Group Prudential Insurance Cawangan Miri yang merupakan antara organisasi sentiasa memberikan sokongan terhadap aktiviti larian PCAM.

“Justeru, kita masih mengharapk­an dan mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai bersama menjayakan program ini nanti,” katanya selepas menerima borang penyertaan daripada Ketua Noble Group Prudential Insurance Cawangan Miri (Noble Group) Alice Voon di sini semalam.

Menurut Vivian, Noble Group terbabit menyasarka­n seramai 200 penyertaan daripada pihaknya dan sentiasa memberi sokongan terhadap PCAM setiap tahun.

“Setiap kali penganjura­n larian ini, mereka menghantar lebih 100 penyertaan dan diharapkan dengan sokongan diberikan dapat dicontohi oleh organisasi yang lain,” ujarnya.

Jelas Sheila, sehingga semalam pihaknya telah menerima seramai 953 peserta mendaftar dan masih menyasarka­n sehingga 1,500 penyertaan tahun ini.

Menurutnya, melalui larian itu akan disalurkan kepada PCAM iaitu pertubuhan bukan kerajaan di Utara Sarawak menyediaka­n perkhidmat­an paliatif percuma kepada pesakit terminal khususnya pesakit kanser dan ahli-ahli keluarga.

“Sokongan dari segi kewangan amat diperlukan untuk menampung kos operasi PCAM yang memerlukan kira-kira RM300,000 setahun.

“Kos itu termasuk membayar gaji tiga jururawat dan kerani bertugas di PCAM, mengadakan latihan dan seminar berkaitan, peralatan perubatan, mesin oksigen, katil, kerusi roda dan lainlain keperluan,” katanya.

Sementara itu, larian itu terbuka kepada mereka berumur 15 tahun ke atas dan terbuka kepada kategori 5km, 12km dan Fun Run 3km dengan bayaran RM70.

Mereka berminat boleh hubungi 012-8456480 (WhatsApp), 085-650538 atau melayari laman sesawang www.palliative­caremiri.org.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia