Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama persatuan bola tampar negeri

Dr Hii: Pastikan sukan bola tampar tidak dibatalkan pada temasya SUKMA 2020 di Johor

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Bekas Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Dr Gregory Hii menggesa lebih banyak penyelaras­an dan kerjasama persatuan bola tampar negeri di negara ini untuk memastikan sukan bola tampar tidak dibatalkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor tahun depan.

Beliau berkata, semua gabungan bola tampar negeri mesti kekal aktif dan kuat dan memberi sokongan padu membuktika­n sukan bola tampar itu tetap relevan.

“Sekiranya kita tidak kuat, kemungkina­n sukan bola tampar tidak dimasukkan pada temasya SUKMA di Johor nanti,” katanya pada Majlis Penutupan Kursus Pengadil Bola Tampar Dewan Peringkat Kebangsaan 2019 Sarawak di sini semalam.

Kursus empat hari berlangsun­g dari 10 hingga 14 Ogos anjuran bersama Persatuan Bola Tampar Negeri Sarawak (SAVA) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).

Hadir sama Presiden SAVA Temenggung Datuk Vincent Lau, Presiden Persatuan Bola Tampar Sibu, Dr William Ting dan Pengerusin­ya, Datuk Moh Wung Ming.

Sekiranya kita tidak kuat, kemungkina­n sukan bola tampar tidak dimasukkan pada temasya SUKMA di Johor nanti.

Dr Gregory Hii

Hii turut mengulangi kenyataan bahawa Johor mungkin kuat dalam sukan ini tetapi Johor tidak semestinya menjadi asas sukan yang diadakan di sana nanti.

“Kita memerlukan sokongan semua negeri dan itulah sebabnya kita perlu berkerja keras,” ujarnya sambil menambah bola tampar adalah sukan pingat untuk Sarawak dan benar-benar menjadi perhatian jika dibatalkan pada SUKMA Johor.

Sebagai bekas presiden MAVA, Hii berkata perhatian utamanya adalah standard bola tampar Malaysia masih belum memuaskan.

Untuk memperbaik­inya, mereka memerlukan beberapa

Bekas Presiden MAVA

pemimpin berdedikas­i dan komited memberi suntikan ideaidea baharu untuk sukan ini.

“Di Sarawak, kita bernasib baik kerana mempunyai Lau yang bukan sahaja seorang pemimpin berdedikas­i dalam sukan ini tetapi juga dalam bidang lain.

“Beliau seorang rendah hati, boleh dipercayai dan sentiasa bersedia memberi sokongan kewangan secara menyeluruh ke arah organisasi negara dan peringkat kebangsaan,” katanya.

Hii juga menyentuh secara ringkas mengenai standard pengadil, sambil menambahka­n lebih banyak kursus itu perlu dijalankan untuk meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n pengadil.

 ??  ?? TINGKAT KEMAHIRAN: Peserta Kursus Pengadil BolaTampar Dewan Peringkat Kebangsaan 2019 Sarawak bersama Lau (duduk, tengah), Hii (empat kiri), Ting (empat kanan) dan Moh (tiga kanan) di Sibu semalam.
TINGKAT KEMAHIRAN: Peserta Kursus Pengadil BolaTampar Dewan Peringkat Kebangsaan 2019 Sarawak bersama Lau (duduk, tengah), Hii (empat kiri), Ting (empat kanan) dan Moh (tiga kanan) di Sibu semalam.
 ??  ?? SOKONGAN: Vivian (dua kanan) menerima borang penyertaan daripada Voon untuk larian amal ‘Run for Love 2019’ pada 6 Oktober depan.
SOKONGAN: Vivian (dua kanan) menerima borang penyertaan daripada Voon untuk larian amal ‘Run for Love 2019’ pada 6 Oktober depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia