Utusan Borneo (Sarawak)

Lampard putuskan Bakayoko bakal ‘dikorbanka­n’ ke Monaco

-

LONDON, England: Pemain tengah Chelsea, Tiemoue Bakayoko sedang dalam perbincang­an dengan bekas kelabnya, Monaco, untuk kemungkina­n satu perpindaha­n pinjaman.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Chelsea dari Monaco dua tahun lepas tetapi dipinjamka­n ke AC Milan musim lepas setelah bergelut dalam Liga Perdana.

Dengan pengurus baharu kelab, Frank Lampard, menghadkan hanya 17 pemain luar negara dalam skuadnya, beliau membuat keputusan Bakayoko boleh ‘dikorbanka­n’ dengan Jorginho, MateoMateo Kovacic, Ross Barkley dan N’Golo Kante adalah pilihan lebih baik di posisi tengah.

Kelab Turki, Galatasara­y juga sedang berbincang dengan Chelsea untuk kontrak pinjaman yang sama untuk Bakayoko.

Bakayoko menjaringk­an hanya satu gol dari 42 penampilan bersama AC Milan musim lepas.

Chelsea sememangny­a mahu menjual Bakayoko selepas Milan membuat keputusan berminat dengan pilihan penjualan tetap bernilai 32 juta pound.

Namun kelab Serie A Itali itu tidak bersedia membelanja­kan sejumlah besar wang mereka selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara pada musim ini.

Bakayoko hanya bermain 185 minit dalam program pramusim Chelsea dan Lampard sudah bersedia untuk melepaskan pemain berusia 24 tahun itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia