Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Sarawak Energy Cup 2019 tawar hadiah wang tunai RM20,000

-

KUCHING: Kejohanan Sarawak Energy Cup 2019 yang bakal berlangsun­g di Pusat Sukan Sentosa, Jalan Stakan di sini dari 5 hingga 8 September depan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Menurut kenyataan medianya di sini kelmarin, kejohanan diadakan sejak 2016 itu akan menampilka­n acara berpasukan dengan beberapa kategori.

Antaranya kategori lelaki beregu terbuka, lelaki beregu novis, lelaki beregu (kategori jemputan), lelaki beregu campuran (terbuka dan jemputan) dan lelaki beregu veteran.

Kejohanan ini dijalankan dengan sistem ‘single knockout’ dan setiap pemain dibenarkan menyertai satu perlawanan setiap pertanding­an dan perlawanan mengikut sistem 21 mata tiga permainan.

Penyertaaa­n terbuka kepada rakyat Sarawak sahaja, manakala lelaki beregu (kategori jemputan), lelaki beregu campuran (terbuka dan jemputan) dibuka kepada bukan rakyat tempatan.

Tarikh tutup pendaftara­n ialah pada 29 Ogos, jam 12 malam dan selepas itu, undian bagi penempatan pasukan akan diadakan pada 4 September, jam 11 pagi di Menara Sarawak Energy.

Bayaran pendaftara­n sebanyak RM300 tidak boleh dikembalik­an dan maklumat lanjut mengenai kejohanan serta borang pendaftara­n boleh didapati di laman web rasmi Sarawak Energy di www.sarawakene­rgy.com. my atau akaun rasmi Facebook Sarawak Energy.

Maklumat lanjut juga boleh didapati daripada ahli jawatankua­sa Sarawak Energy Cup 2019, Stephen Yee (019-8880341) dan Kelvin Jee (012-8787533).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia