Utusan Borneo (Sarawak)

Boling: Survivor kekal mendahului Liga Trio Terbuka

-

KUCHING: Survivor kekal mendahului Liga Trio Terbuka Megalanes East Miri meskipun sekadar mencatat keputusan seri 10-10 ke atas seteru utama, P30 pada Rabu lalu.

Boom Shakalaka yang menduduki tangga ketiga turut seri 10-10 dengan Turkey Hunter Junior namun Drifters naik ke tangga keempat selepas meraih kemenangan 19-1 dari perlawanan ‘blind score’.

Turkey Hunter Junior dalam pada itu jatuh ke tangga kelima ekoran seri dengan Boom Shakalaka manakala The Awesomebro­s juga jatuh ke tangga keenam meskipun melakarkan kemenangan 128 ke atas pasukan di tangga ketujuh, TMJ.

Pada masa sama, Hayati Mohd dari Survivor di hadapan rakan sepasukan, Harith Abdullah dalam kategori Individual High Game Handicap manakala Abdullah Abdul Rahman dari TNJ mendahului kategori Individual High Game Handicap dengan Khairul Farhan dari Boom Shakalaka berada di tangga kedua.

Sebagai tambahan, Survivor meneruskan dominasi dalam kategori Team High Series Handicap sambil Drifter di posisi teratas kategori Team High Game Handicap.

 ??  ?? SERI: (Dari kiri) Hipeni Saridi, Charles Vincent dan Arwandi Sulaiman dari P30 berjaya mencatat keputusan seri dengan pendahulu liga.
SERI: (Dari kiri) Hipeni Saridi, Charles Vincent dan Arwandi Sulaiman dari P30 berjaya mencatat keputusan seri dengan pendahulu liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia