Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan pengadil amat penting menentukan setiap keputusan: Lau

-

SIBU: Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) Temenggung Datuk Vincent Lau berkata pengadil mesti tidak memihak dan tidak pernah membuat keputusan berat sebelah dalam mana-mana sukan.

Beliau berkata, ini kerana keputusan pengadil amat penting menentukan setiap keputusan dalam pelbagai permainan sukan.

“Banyak kali pasukan yang kalah akan menyalahka­n pengadil, oleh itu penting kepada pengadil membuat keputusan mereka dengan adil,” katanya pada Penutupan Kursus Pengadil Bola Tampar Dewan Peringkat Kebangsaan 2019 di sini semalam.

Seramai 27 pengadil menghadiri kursus berlangsun­g dari 10 hingga 14 Ogos anjuran bersama Persatuan Bola Tampar Negeri Sarawak (SAVA) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).

Seramai 17 pengadil dari Sarawak, lima dari Sabah, tiga dari Labuan, satu masing-masing dari Negeri Sembilan dan Johor.

Kursus dikendalik­an oleh tiga pensyarah iaitu Andrew Ting, Joseph Gerard dan Chai Wee Ming.

Lau mengakui tidak mudah menjadi pengadil tetapi tidak akan menjadi masalah jika pengadil menggunaka­n kebijaksan­aan mereka untuk menilai permainan.

Mengenai kursus itu, Lau berkata ia lama tertangguh dan harus dianjurkan lebih kerap supaya Malaysia mempunyai pengadil mencukupi dan berkelayak­an mengadili perlawanan tempatan dan antarabang­sa.

Mengimbas kembali, beliau berkata kali terakhir kursus diadakan di sini adalah 10 tahun lalu pada 2009.

“Kita (SAVA) sentiasa memberikan sokongan, baik dari segi moral dan kewangan untuk memastikan standard pengadil itu berkaliber antarabang­sa.

“Semoga kita tidak perlu menunggu selama 10 tahun lagi untuk menamatkan kursus ini,” ujarnya.

Bagaimanap­un, beliau meminta sokongan lebih besar daripada peserta memastikan kursus pengadil itu dapat diadakan.

“Dengan itu, harapan saya adalah melihat lebih banyak pengadil menyahut cabaran menyertai kursus pengadilan peringkat kebangsaan apabila peluang itu datang,” katanya.

Hadir sama bekas Presiden MAVA dan Timbalan Presiden SAVA Dr Gregory Hii, Presiden Persatuan Bola Tampar Sibu, Dr William Ting dan Pengerusin­ya, Datuk Moh Wung Ming.

 ??  ?? TAHNIAH: Lau (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari tiga kiri) Hii, Ting dan Moh (dua kanan) di Sibu semalam.
TAHNIAH: Lau (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari tiga kiri) Hii, Ting dan Moh (dua kanan) di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia