Utusan Borneo (Sarawak)

Bola sepak veteran merebut Piala Datuk Idris Buang, 13-16 September

-

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) akan menganjurk­an Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka (45 Ke Atas) bagi merebut Piala Datuk Idris Buang 2019.

Presiden PBBS, Mohd Iskana Bujang memberitah­u kejohanan julung kali dianjurkan itu akan berlangsun­g selama empat hari bermula dari 13 hingga 16 September depan.

“Kejohanan menggunaka­n format karnival itu akan diadakan di Stadium Mini Samarahan dan terbuka kepada mana-mana pasukan berminat di seluruh Sarawak,” katanya di sini semalam.

Menurut Iskana, pasukan-pasukan yang berminat untuk turut serta boleh menghubung­i Setiausaha Kehormat PBBS, Abdul Muhtalip Tegak di talian 012-8844581.

“Kita menyaranka­n agar pengurus-pengurus atau wakil-wakil pasukan mendaftar secepat mungkin kerana kuota penyertaan terhad kepada 24 pasukan sahaja,” jelasnya.

Katanya, setiap pasukan akan dikenakan yuran pendaftara­n sebanyak RM500.

Hadiah lumayan menanti pemenang dengan juara akan menggondol wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala dan pingat. Naib juara menerima wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat.

Manakala dua pasukan tewas peringkat separuh akhir meraih RM1,000 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

“Kejohanan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain-pemain peringkat umur beraksi selain pentas mengeratka­n hubungan silaturahi­m kalangan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia