Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin ucap takziah buat keluarga Nora Anne

-

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirka­n rasa sedih dan mengucapka­n takziah kepada keluarga kepada Nora Anne Quoirin yang ditemui mati kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lepas.

“Saya berasa sedih dengan perkembang­an terkini kehilangan remaja Ireland, Nora Anne dari resort penginapan keluargany­a, yang berakhir dengan penemuan mayatnya petang semalam (kelmarin).

“Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan ingin mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mendiang atas musibah yang menimpa,” katanya ringkas menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta semua pihak yang terlibat dalam usaha pencarian termasuk pasukan sukarelawa­n.

Kelmarin, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada jam 1.57 tengah hari dan kemudian disahkan anggota keluargany­a sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne, 15, bersama keluargany­a tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajar­an itu disedari hilang oleh keluargany­a dari bilik penginapan mereka pada jam 8 pagi hari berikutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia