Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan patologi tiba di HTJ untuk bedah siasat mayat Nora Anne

-

SEREMBAN: Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini pagi semalam bagi menjalanka­n proses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15.

Pasukan itu tiba pada kira-kira jam 9 pagi semalam menaiki Toyota Hilux dengan proses bedah siasat yang bermula pada lebih kurang jam 10 pagi itu diketuai seorang pegawai kanan Patologi HKL.

Pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ pagi semalam mula dipenuhi dengan petugas media sejak jam 7 pagi semalam.

Tinjauan Bernama mendapati, dua individu dipercayai waris terdekat remaja malang Nora Anne yang ditemui mati kelmarin selepas dilaporkan hilang lebih 10 hari, memasuki Jabatan Perubatan Forensik pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Selain itu, turut dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.

Petugas media dimaklumka­n bahawa satu sidang media akan dijalankan oleh pihak polis selepas bedah siasat itu.

Kelmarin, mayat wanita berkulit cerah yang ditemui pada tengah hari disahkan oleh anggota keluargany­a sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, pada 4 Ogos lepas.

Terdahulu, mayat Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada jam 7.07 malam, kelmarin, selepas dibawa dengan helikopter dari lokasi penemuan dan kemudianny­a mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada kira-kira jam 6.45 petang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia