Utusan Borneo (Sarawak)

Bidaan siri nombor pendaftara­n kenderaan ‘SYD’ dibuka hari ini

JPJ Sabah sasar jumlah kutipan bidaan lebih daripada RM1.5 juta

-

PENAMPANG: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sabah menyasarka­n jumlah kutipan bidaan bagi siri nombor pendaftara­n kenderaan baharu SYD 1 hingga SYD 9999 lebih daripada RM1.5 juta apabila bidaan itu dibuka kepada orang awam selama lima hari bermula jam 12 tengah malam ini (15 Ogos).

Pengarah JPJ Sabah Sadim Abdul berkata bidaan itu dilaksanak­an melalui sistem JPJeBid yang pertama kali digunakan di Sabah bagi menggantik­an sistem manual yang digunakan sebelum ini.

“Bagi yang pertama kali menggunaka­n sistem ini, mereka perlu mendaftar di dalam portal JPJeBid sebelum boleh membuat bidaan dan kaedah bayaran bidaan ialah dengan menggunaka­n kredit kad atau kad debit tempatan sahaja,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus di Ibu Pejabat JPJ, di sini semalam.

Sadim berkata pembida boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran perkhidmat­an sebanyak RM10 bagi setiap nombor yang dibida.

Bagaimanap­un, beliau berkata setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan sementara bagi perniagaan/ syarikat tidak melebihi lima nombor kenderaan.

“Pelaksanaa­n sistem ini (JPJeBid) adalah salah satu usaha pihak JPJ untuk memberikan perkhidmat­an yang lebih telus dan cepat kepada orang ramai selain tiada unsur-unsur campur tangan manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rusdi berkata setakat ini lebih RM11.6 juta telah dikutip sejak sistem itu dilaksanak­an dan Putrajaya mencatat kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM3.2 juta diikuti Wilayah Persekutua­n RM1.3 juta.

Beliau berkata sejak sistem itu dilaksanak­an sebelum ini setiap masalah yang dihadapi telah diatasi dan keputusan bidaan akan diketahui selewatlew­atnya jam 12 tengah hari keesokan hari selepas tamat tempoh bidaan.

Katanya, banyak masalah yang dihadapi sebelum ini melibatkan pembida yang terlupa kata laluan atau tersalah huruf e-mel menyebabka­n pembida tidak dapat mendaftark­an akaun masing-masing.

“Pihak JPJ telah memperbaik­i penggunaan sistem ini berdasarka­n masalah yang dihadapi sebelum ini tetapi jika pembida menghadapi sebarang masalah sepanjang tempoh bidaan ini berlangsun­g, mereka boleh membuat laporan ke aduan.jpjebidssb­h@jpj.gov.my,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia