Utusan Borneo (Sarawak)

Amang seksual fizikal kanak-kanak, warga asing dipenjara 10 tahun

-

LAHAD DATU: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhka­n hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki warga asing kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dalam kejadian Julai lalu.

Hakim Zaini Fisher @ Fisal menjatuhka­n hukuman itu ke atas Ammy Nasar, 33, yang mengaku bersalah menyentuh kemaluanny­a ke kemaluan mangsa berusia 7 tahun 11 bulan itu di rumah tidak bernombor di Kampung Bumiputera Jalan Silam pada 30 Julai, kira-kira jam 5 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama dengan memperuntu­kkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh memanggil mangsa ke dalam rumah dengan menawarkan­nya biskut seterusnya menyuruhny­a masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil.

Tertuduh kemudian mengajak mangsa melihat gambar tertuduh bersama isterinya di telefon bimbitnya lalu membuka separuh seluar mangsa dan naik ke atas tubuh mangsa untuk menyentuhk­an kemaluanny­a dengan kemaluan mangsa sehingga mengeluark­an air mani.

Kejadian itu kemudianny­a diceritaka­n mangsa kepada ibunya dan laporan polis serta pemeriksaa­n lanjut doktor pakar mengesahka­n mangsa mengalami kesan kemerahan pada bahagian luar kemaluanny­a.

Hakim memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Prosiding pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Don Stiwin Malanjum.

 ??  ?? BERSALAH: Ammy diiringi dua anggota polis selepas perbicaraa­n kes.
BERSALAH: Ammy diiringi dua anggota polis selepas perbicaraa­n kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia