Utusan Borneo (Sarawak)

James mohon bantuan bina rumah selepas berlaku kebakaran

-

PENAMPANG: Usaha lebih 60 tahun membina rumah hasil titik peluh keluarga musnah sekelip mata dalam satu kebakaran.

Itulah nasib enam sekeluarga yang kini terpaksa menumpang di rumah keluarga lain selepas rumah mereka di Kampung Boligo-Kolopis di sini, musnah terbakar, Ahad lalu.

Pemilik rumah James Juanis Majamul, 51, berkata, ketika kejadian hanya bapanya yang berusia 90 tahun berada di rumah. Dia dan keluargany­a sedang sibuk membersihk­an kebun buah-buahan di Kampung Babagon yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya.

Katanya, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi jiran yang memaklumka­n rumahnya sedang terbakar sebelum mereka sekeluarga bergegas pulang.

“Sebaik tiba, api sudah memusnahka­n hampir keseluruha­n rumah dan saya tidak sempat menyelamat­kan harta benda termasuk dokumen penting.

“Rumah pusaka ini menyimpan banyak memori keluarga kami. Dugaan ini sangat berat, namun saya bersyukur kerana bapa saya yang sudah lanjut usia selamat dalam kejadian ini,” katanya ketika ditemui kelmarin.

James berkata, dia sangat buntu ketika ini dan berharap ada pihak yang tampil untuk membantu menghulurk­an sumbangan bagi memudahkan­nya mendirikan semula rumah untuk mereka sekeluarga.

Katanya, dia dan keluargany­a kini terpaksa bersesak di rumah adiknya kerana sudah tidak mempunyai pilihan lain.

“Semua barang musnah termasuk peralatan sekolah anakanak saya yang berusia 13, 11 dan lapan tahun,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Api berjaya dikawal pada jam 4.25 petang sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.25 petang selepas dipastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuska­n kebakaran semula.

“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1212 3410 0010 5713 atau menghubung­i James di talian 017-8609737.

 ??  ?? MOHON BANTUAN: James (kiri) bersama dua anaknya hanya mampu melihat rumah mereka yang terbakar.
MOHON BANTUAN: James (kiri) bersama dua anaknya hanya mampu melihat rumah mereka yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia