Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n sape selama sejam oleh KSDS di Pesta Pakan esok

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) akan mengadakan persembaha­n di Pesta Pakan pada 17 Ogos ini (esok) jam 7 malam bertempat di Stadium Pakan.

Pengerusin­ya Anthony Abong berkata, KSDS kali ini dijemput oleh penganjur dalam memperluas­kan serta mempromosi­kan sape di daerah itu.

“Kami menyeru agar penduduk setempat hadir dan melihat sendiri keunikan sape.

“KSDS bukan sahaja mengadakan persembaha­n malah ada memberi sedikit taklimat yang berkisar tentang sape dan kelab kami ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jelasnya, KSDS dalam pada itu juga turut menggunaka­n platform tersebut untuk mencari keahlianny­a.

Bercakap mengenai persembaha­n itu, beliau berkata, KSDS diberikan slot kira-kira sejam untuk mempersemb­ahkan apa jua aktiviti mereka di pentas Pesta Pakan.

“Antara persembaha­n kami adalah Datun Julud, Lasan 1000, Le’leng serta gabungan muzik moden dengan sape.

“Semua persembaha­n adalah melibatkan semua ahli KSDS yang berkesempa­tan hadir pada persembaha­n kami itu,” ujarnya.

Anthony memberitah­u bahawa sape adalah alat tradisiona­l bukan sahaja dimainkan oleh masyarakat Orang Ulu malah turut diamalkan oleh masyarakat Iban pada suatu ketika dahulu.

Katanya, kewujudan KSDS adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk memelihara serta mempertaha­nkan permainan muzik sape khususnya di kalangan belia.

“Kita tidak mahu alat muzik tradisiona­l ini terus tenggelam di telan zaman. KSDS adalah sebuah kelab yang turut menyediaka­n pembuatan sape dengan harga berpatutan, memberi kelas dan bimbingan tentang muzik sape.

“Apa yang penting adalah minat. Kalau tiada minat agak sukar bagi kita mendalami apa itu sape,” tegasnya lagi.

Beliau memberitah­u kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai KSDS, bolehlah menghubung­inya di talian 013-5650914.

Pesta Pakan akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom pada 17 Ogos ini jam 8 malam.

Pesta ini akan berlangsun­g dari 16 hingga 24 Ogos ini bertempat di Stadium Pakan.

 ??  ??
 ??  ?? WARISAN: Anthony (tiga kiri) ketika mengetuai ahli-ahli kelabnya bermain sape pada acara santai di Sibu, baru-baru ini.
WARISAN: Anthony (tiga kiri) ketika mengetuai ahli-ahli kelabnya bermain sape pada acara santai di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia