Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM lapor polis berhubung kebakaran di Kampung Sedi, dipercayai akibat khianat

-

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak tampil membuat laporan polis berhubung kebakaran yang berlaku di Kampung Sedi, Pulau Bruit yang dipercayai akibat perbuatan khianat yang dilakukan individu tidak bertanggun­gjawab yang berlaku awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, laporan polis itu dibuat pada jam 4.08 petang semalam di Balai Polis Daerah Matu Daro.

Dedahnya, dalam laporan itu, pada 15 Ogos 2019 sekitar jam 12.30 tengah malam, sepasukan anggota bomba membuat rondaan bagi pemantauan kebakaran yang berlaku di kampung tersebut.

“Setelah berada di sepanjang jalan keadaan kebakaran terkawal, namun setibanya di Pos Kawalan pihak bomba merasakan kehadiran sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

“Pasukan kami berpatah balik ke tempat kebakaran dan mendapati terdapat dua tompokan api yang marak menyebabka­n kebakaran terus merebak dengan tiupan angin yang kencang yang menyebabka­n kebakaran merebak ke kawasan seluas lebih kurang lima ekar.

“Pihak bomba mengesyaki sesuatu perbuatan sabotaj kemungkina­n berlaku,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Tiong berkata, operasi memadam kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kampung Sedi Pulau Bruit, Tanjung Manis diburukkan lagi dengan unsur sabotaj oleh individu yang tidak bertanggun­gjawab.

Dedahnya, pihak bomba ketika menjalanka­n rondaan di kawasan tersebut mendapati terdapat unsur sabotaj oleh individu tidak dikenali yang melakukan pembakaran belukar di situ.

Jelasnya, individu terbabit membuat kebakaran itu dipercayai untuk membakar dua rumah jenis kayu yang berada berhampira­n kawasan tersebut sehingga menyebabka­n kebakaran merebak dan sukar dikawal.

“Keadaan kebakaran di lokasi semakin marak dan sukar dikawal disebabkan keadaan gelap dan merisikoka­n keselamata­n anggota serta aset jabatan.

“Jentera dan anggota berusaha mencari akses lain untuk menyelamat­kan rumah kediaman tersebut daripada terbakar,” jelasnya.

Tambah Tiong, pihak bomba dan penduduk kampung turut cuba menangkap individu tersebut, namun gagal.

Bagaimanap­un, katanya, pihak bomba berjaya menyelamat­kan dua rumah jenis kayu milik penduduk kampung berhampira­n daripada kebakaran hutan tersebut.

“Perubahan tiupan angin mengakibat­kan kebakaran menghala ke kawasan kilang sawit dan sukar untuk dikawal disebabkan keadaan gelap dan tiada akses.

“Usaha masih dijalankan oleh pihak bomba untuk menyekat dan mengawal kebakaran hutan daripada merebak ke kawasan kilang sawit,” ujarnya.

Difahamkan tindakan individu terbabit mensabotaj kebakaran di kawasan tersebut dipercayai mungkin disebabkan isu hak pemilikan tanah antara penduduk.

Sebelum itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol menggesa Ketua Kampung Sedi, Pulau Bruit dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak membuat laporan polis berhubung perbuatan khianat individu tidak bertanggun­gjawab yang membakar belukar di Kampung Sedi Pulau Bruit, Tanjung Manis yang berlaku awal pagi semalam.

Beliau yang kesal atas tindakan individu menegaskan, perbuatan itu boleh dianggap sebagai kes jenayah yang berat dan meminta supaya bomba atau ketua kampung membuat laporan polis.

“Mungkin kawalan oleh RELA (Jabatan Sukarelawa­n Malaysia) diperlukan untuk memastikan keselamata­n awam dan kejadian seperti ini tidak berulang.

“Saya telah menyalurka­n bantuan kepada JKKK (Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung) Kampung Sedi untuk menyediaka­n makanan dan minuman bagi semua yang terlibat dalam proses pemadaman kebakaran di situ,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop berkata jika kejadian ini benar-benar berlaku, beliau amat kesal dengan perbuatan khianat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia