Utusan Borneo (Sarawak)

EKSA peringkat JPBM Negeri Sarawak dilancar

- Oleh Kelvin Lambai

KUCHING: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak dilancarka­n semalam.

Pengarah JPBM Negeri Sarawak Khirudin Drahman berkata, bermula tahun ini EKSA dijalankan secara menyeluruh di ibu pejabat, semua pejabat zon serta balaibalai bomba dan penyelamat di seluruh Sarawak.

Beliau berkata sebelum ini EKSA telah dilaksanak­an di peringat Pejabat JBPM Zon Miri.

“EKSA bertujuan mewujudkan persekitar­an yang kondusif, meningkatk­an imej korporat, menyemarak­kan aktiviti kreatif dan inovasi.

“Ia juga menggalakk­an aktiviti ke arah mewujudkan persekitar­an hijau melalui pembudayaa­n amalan hijau dan elemen pengaudita­n memenuhi lima kepelbagai­an fungsi serta premis kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) JBPM Negeri Sarawak di Pustaka Negeri di sini, semalam.

Khirudin berkata kepimpinan tertinggi negara menyaranka­nsemuapenj­awat awam di setiap peringkat memiliki kapasiti intelektua­l serta nilai kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Menurutnya ia penting dalam memastikan paradigma perkhidmat­an awam terus terpacu ke mercu lebih cemerlang wajar disambut positif dan optimis oleh seluruh warga JBPM Negeri Sarawak.

“Bagi maksud tersebut, instrumen penting perlu dipastikan dalam menjalin kesinambun­gan kreativiti dan inovasi adalah kesediaan jabatan dan agensi awam berkongsi sumber serta tidak bekerja secara sendiri sebaliknya berkolabor­atif strategik,” katanya.

Justeru ujarnya, penganjura­n Konvensyen KIK tidak harus dilihat sebagai acara tahunan sematamata tetapi seharusnya dijadikan satu mekanisme penyelesai­an masalah atau penambahba­ikan proses kerja dan standard sedia ada.

Kumpulan Charlie dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan muncul juara Konvensyen KIK JPBM Negeri Sarawak bagi kategori primer manakala kumpulan Diamond dari BBP Miri di tempat kedua dan di tempat ketiga kumpulan Squad 19 dari BBP Siburan. SRI AMAN: Fungsi masjid atau surau sebagai institusi menimba ilmu agama perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh umat Islam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri.

Beliau berkata selain sebagai tempat solat, masjid dan surau memainkan peranan sebagai tempat bagi masyarakat Islam berkumpul dan menganjurk­an aktiviti menjurus kepada aspek keagamaan.

“Kita harus faham fungsi masjid dan surau sebagai tempat menimba ilmu agama dan meningkatk­an syiar Islam bukan sebagai tempat memecahbel­ahkan perpaduan masyarakat.

“Kita tidak mahu masyarakat Islam menggunaka­n masjid mahupun surau melakukan aktiviti tidak sepatutnya mencemari kesu

Kita harus faham fungsi masjid dan surau sebagai tempat menimba ilmu agama dan meningkatk­an syiar Islam bukan sebagai tempat memecahbel­ahkan perpaduan masyarakat.

Simoi Peri

ADUN Lingga

cian rumah ibadat untuk menunaikan sembahyang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Geran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada masjid dan surau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di Dewan Mini Masjid Bandar Sri Aman di sini.

Simoi menjelaska­n dalam konsep Islam, masjid atau surau merupakan sebuah institusi agama berupaya mengeratka­n hubungan perpaduan dalam kalangan umat Islam.

“Dan jangan datang ke masjid mahupun surau hanya sekadar mencukupka­n lima waktu tetapi dalam hati kita kosong dan tidak takut dengan Tuhan atau tidak memahami apakah sebenarnya fungsi rumah ibadat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Simoi menyeru semua ahli masjid dan surau di negeri ini lebih aktif menganjurk­an aktiviti keagamaan yang boleh menarik pembabitan golongan belia.

“Tidak salah jika ahliahli jawatankua­sa masjid menganjurk­an aktiviti sukan seperti pertanding­an sepak takraw, badminton dan sebagainya di pekarangan masjid,” tambahnya.

Simoi berkata, aktiviti itu amat diminati anakanak muda dan ahli-ahli jawatankua­sa masjid harus melakukan dan membina gelanggang permainan untuk golongan tersebut.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwi, ketuaketua jabatan serta ketua masyarakat.

 ??  ?? TERIMALAH: Mohd Asfia (tiga kiri) menyerahka­n geran kepada seorang penerima sambil diperhatik­an Abu Seman (dua kiri), Simoi (dua kanan) serta yang lain.
TERIMALAH: Mohd Asfia (tiga kiri) menyerahka­n geran kepada seorang penerima sambil diperhatik­an Abu Seman (dua kiri), Simoi (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia