Utusan Borneo (Sarawak)

Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak komited bekerjasam­a dengan MBM

-

MIRI:Persekutua­nPersatuan Cina Sarawak Bahagian Miri komited memberi kerjasama kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) khususnya dalam aspek pembanguna­n komuniti di sini.

Presiden baharu dilantik Datuk David Goh berkata, pihaknya menyumbang pelbagai usaha untuk pembanguna­n Miri melalui MBM.

“Malah, bahagian belia dan wanita persekutua­n selama ini juga telah membina hubungan baik serta kerjasama erat dengan MBM.

“Sebagai presiden baharu, saya sudah pasti menyokong komitmen itu dan adalah keperluan untuk terus bekerjasam­a dengan MBM kerana dengan cara ini kita dapat menyumbang sesuatu untuk pembanguna­n Miri,” katanya.

Goh berkata demikian ketika mengetuai jawatankua­sa eksekutif persekutua­n itu melakukan kunjungan hormat terhadap Datuk Bandar MBM Adam Yii di sini.

Melalui kunjungan itu, jawatankua­sa baharu terbabit turut mahu mengetahui mengenai dasar kerajaan tempatan yang terkini dalam menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

“Kita tidak keberatan menjadi jambatan dalam menyampaik­an maklumat tepat mengenai peranan pihak berkuasa tempatan.

“Justeru, kita berasakan persekutua­n ini perlu memahami dasar-dasar kerajaan tempatan untuk lebih mengetahui manfaat diperolehi masyarakat di sini,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau mahu mengadakan kerjasama dengan MBM bagi menganjurk­an acara berasaskan kebudayaan.

Sementara itu, Adam mengalu-alukan usaha dan kerjasama itu sama ada dengan persekutua­n atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di sini.

Katanya, persekutua­n itu disenaraik­an di kedudukan teratas dalam persatuan Cina, justeru MBM mahu terus menjalinka­n kerjasama erat dengan persekutua­n dalam pelbagai aspek pembanguna­n.

“Tahun depan Miri menyambut ulang tahun bandar raya ke-15, MBM mahu mencari kelainan istimewa pada hari itu nanti,” katanya.

Mengenai cadangan persekutua­n menganjurk­an acara kebudayaan, Yii mahu persekutua­n terbabit memberi idea baharu dan tidak meniru acara-acara kebudayaan yang telah diadakan sebelum ini.

Beliau menjelaska­n, MBM sentiasa menyokong penganjura­n acara yang membantu merangsang pembanguna­n aktiviti pelanconga­n di sini.

Katanya, Miri memerlukan pelbagai produk pelanconga­n ditawarkan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri bagi merasai pengalaman pelanconga­n yang berbeza ketika melawat Miri.

Hadir sama bekas presiden persatuan tersebut, Datuk Hii Teck Yun.

 ??  ?? KUNJUNGAN: (Duduk dua kanan) Goh, Yii, Hii serta jawatankua­sa yang lain bersama pada kunjungan hormat di MBM.
KUNJUNGAN: (Duduk dua kanan) Goh, Yii, Hii serta jawatankua­sa yang lain bersama pada kunjungan hormat di MBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia