Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n pulang pertama jemaah haji Malaysia tiba Isnin ini

-

MEKAH: Penerbanga­n pulang pertama jemaah haji Malaysia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.50 petang waktu Malaysia pada Isnin ini (19 Ogos), kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Beliau berkata penerbanga­n itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini pada 1.10 pagi waktu tempatan atau 6.10 pagi waktu Malaysia.

Katanya penerbanga­n balik terakhir jemaah haji Malaysia adalah pada 1 petang waktu tempatan atau 6 petang waktu Malaysia pada 12 Sept ini dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Prince Mohammad Abdul Aziz di Madinah.

“Penerbanga­n terakhir itu dijangka tiba di KLIA pada hari Jumaat 13 September pada jam 3 pagi (waktu Malaysia),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Mekah, Abraj Janadriyah di sini semalam.

Penerbanga­n pulang pertama itu akan membawa seramai 483 jemaah haji Malaysia dan sebanyak 69 penerbanga­n akan terlibat dalam operasi membawa pulang jemaah itu.

Musim haji tahun ini menyaksika­n 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjaka­n Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.

Syed Saleh berkata jemaah haji yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdul Aziz melibatkan penerbanga­n antara 18 Julai hingga 5 Ogos, akan dibawa ke Madinah bermula Jumaat ini (23 Ogos) selepas solat Jumaat.

Beliau berkata semua jemaah haji Malaysia selamat pulang ke Mekah dari Mina pada 10.50 pagi semalam (kelmarin) waktu tempatan atau jam 3.50 petang kelmarin waktu Malaysia setelah menyelesai­kan ibadah melontar jamrah.

“Alhamdulil­lah jemaah haji telah selesaikan tunaikan tawaf dan sai’ haji. Bagi operasi haji untuk tahun ini, semuanya berjalan dengan lancar dan secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan perjalanan musim haji tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia