Utusan Borneo (Sarawak)

Adrian melengkapk­an satu ‘minggu yang gila’

Beraksi tangkas pada penentuan sepakan penalti pastikan Liverpool memenangi Piala Super UEFA

-

ISTANBUL, Turki: Penjaga gol gantian, Adrian, melengkapk­an satu “minggu yang gila” apabila menepis penalti Tammy Abraham untuk memastikan Liverpool menewaskan Chelsea 5-4 untuk memenangi Piala Super UEFA setelah perlawanan menarik di Istanbul yang berkesudah­an 2-2 selepas masa tambahan Rabu lepas.

Setiap tendangan dalam penentuan sepakan penalti itu berjaya sebelum Mohamed Salah menyempurn­akan penalti kelima dan tendangan Abraham kemudian ditepis Adrian, pemain yang hanya dibeli 10 hari yang lalu dan bermain kerana kecederaan penjaga gol utama, Alisson Becker.

“Selamat datang ke Liverpool! Ia merupakan satu minggu yang gila. Saya benar-benar gembira dengan pasukan, saya gembira dengan Liverpool dan juga penyokong kelab,” kata Adrian.

Ia adalah trofi Piala Super keempat Liverpool, dengan kejuaraan terakhir pada 2005 selepas memenangi Liga Juara-Juara di

Is

“Selamat datang ke Liverpool! Ia merupakan satu minggu yang gila. Saya benar-benar gembira dengan pasukan, saya gembira dengan Liverpool dan juga penyokong kelab.” Adrian Penajaga gol Liverpool

tanbul.

Mereka sekarang memenangi 13 trofi di Eropah secara keseluruha­nnya dan ia pastinya menarik bagi penyokong untuk kembali semula ke stadium Bosphorus milik kelab Besiktas, yang menjadi penganjur final Liga Juara-Juara.

“Ia adalah perlawanan yang sangat sukar untuk keduadua pasukan. Ia adalah tentang memenangin­ya dan kami berjaya melakukann­ya,” akui pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Sadio Mane mengikat gol pembukaan Chelsea yang dijaringka­n Olivier Giround dalam separuh masa pertama untuk memastikan permainan terikat 1-1 selepas 90 minit permainan dan kemudian beliau meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-95.

Tetapi ia mungkin tidak dapat dielakkan di mana pengadil dari Perancis, Stephanie

Frappart akan memainkan peranan penting dalam perlawanan.

Wanita pertama menjadi pengadil perlawanan penting bola sepak lelaki dalam pertanding­an di Eropah, Frappart memberikan Chelsea satu tendangan penalti apabila Abraham terjatuh ketika bertembung dengan Adrian, membolehka­n Jorginho menyempurn­akan penalti untuk mengikat kedudukan 2-2.

Jorginho juga menyempurn­akan penalti beliau pada penentuan sepakan penalti tetapi malangnya tiada sebarang trofi pertama untuk pengurus Chelsea, Frank Lampard, yang sudah tewas dua kali pada perlawanan Piala Super bersama Chelsea ketika menjadi pemain.

“Untuk tewas perlawanan seperti ini adalah mengecewak­an tetapi jika ia bermakna musim Chelsea boleh menjadi sesuatu seperti cara kami bermain hari ini, kami akan menerimany­a,” tegas beliau.

Lampard menyuaraka­n kesediaan untuk memberikan peluang kepada pemain muda musim ini, walaupun beliau meletakkan Mason dan Mount dan Abraham – masing-masing berusia 20 dan 21 tahun – bermula di bangku simpanan.

N’Golo Kante diturunkan selepas satu musim diselubung­i kecederaan sementara Giroud bermula dalam kesebelasa­n utama bersama-sama Christian Pulisic yang membuat penampilan sulung penuh.

Alex Oxlade-Chamberlai­n membuat penampilan pertama bersama Liverpool dalam tempoh 16 tahun selepas pulih dari kecederaan. Pemain tengah antarabang­sa England itu mengumpan bola kepada Salah pada awal permainan tetapi rembatan penyudah ditepis penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabala­ga.

Beliau gagal memberikan sebarang impak pada perlawanan ini dan dikeluarka­n pada masa rehat dan diganti dengan Roberto Firmino.

Chelsea bermain lebih baik pada 45 minit pertama dengan rembatan Pedro terkena palang pada pertengaha­n separuh masa pertama sebelum Adrian menepis rembatan Mateo Kovacic.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-36, dengan Kante mengumpan bola kepada Pulisic yang kemudian melorong kepada Giroud untuk melakukan penyudah.

Tidak lama selepas itu, Pulisic menambah jaringan tetapi gol beliau tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Kemasukan Firmino selepas membantu mengubah rentak Liverpool dan mereka hanya mengambil masa dua minit untuk mengikat kedudukan apabila umpanan beliau disempurna­kan Mane.

Kedudukan terikat sehingga tamat 90 minit permainan walaupun kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk memenangin­ya dengan rembatan Virgil Van Dijk terkena palang sementara Chelsea ada menjaringk­an gol dari rembatan pemain gantian, Mount tetapi sekali lagi gol tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Pada masa tambahan, Liverpool mendahului 2-1 menerusi gandingan yang sama menghasilk­an gol penyamaan tetapi pada minit ke-101, Jorginho mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti.

 ?? — Gambar Reuters ?? WIRA THE REDS: Adrian (tengah) menjulang trofi di hadapan rakan sepasukan ketika meraikan kejayaan menjuarai Piala Super Eropah selepas menewaskan Chelsea di Vodafone Arena, Istanbul kelmarin.
— Gambar Reuters WIRA THE REDS: Adrian (tengah) menjulang trofi di hadapan rakan sepasukan ketika meraikan kejayaan menjuarai Piala Super Eropah selepas menewaskan Chelsea di Vodafone Arena, Istanbul kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia