Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa jalan ditutup sempena Hari Malaysia

Sambutan Hari Malaysia dijadualka­n akan bermula jam 7 malam pada 16 September ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Beberapa jalan di sekitar bandar raya ini akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia 16 September ini yang diadakan di Padang Merdeka.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, sambutan Hari Malaysia dijadualka­n akan bermula jam 7 malam pada 16 September ini.

Jelasnya, sambutan ini akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan tetamu kehormat lain.

“Kita menganggar­kan seramai 10,000 orang akan hadir daripada pelbagai jabatan dan institusi dan jumlah ini tidak termasuk jumlah pengunjung dari kawasan sekitar termasuk pelancong yang menginap di hotelhotel di sekitar bandar raya Kuching.

“Justeru, bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan melaksanak­an penutupan dan lencongan jalan di sekitar venue sambutan,” katanya pada sidang media di IPD Kuching semalam.

Awang Din berkata, penutupan dan lencongan jalan akan bermula jam 4 petang sehingga majlis selesai.

Beliau berkata jalan terlibat adalah Jalan Gambier (tandas awam), lencongan Jalan Gambier ke Main Bazaar, Jalan Wawasan, Jalan Main Bazaar dari arah Jalan Lebuh Wayang, Jalan ke Lebuh Wayang dari arah Jalan Ban Hock (St Mary), susur Jalan Mcdougall dari arah Jalan Ban Hock (St Mary) dan jalan lampu isyarat RTM ke Padang Merdeka.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n orang awam yang ingin menghadiri dan menyaksika­n majlis sambutan ini menggunaka­n penganguta­n awam seperti bas, teksi, Grab, Mycar dan sebagainya.

Bagaimanap­un katanya, sekiranya menggunaka­n kenderaan persendiri­an orang ramai dinasihati meletak kenderaan di tempat letak kenderaan yang ditetapkan.

“Orang ramai dinasihati meletakkan kenderaan masing-masing di Medan Pelita, Bangunan Saujana, kawasan terbuka Baitulmal, Panggung Udara, Reservoir Park, Gereja St Thomas, Dewan Suarah Kuching dan Bulatan Padang Pasir,” katanya.

Kita menganggar­kan seramai 10,000 orang akan hadir daripada pelbagai jabatan dan institusi dan jumlah ini tidak termasuk jumlah pengunjung dari kawasan sekitar termasuk pelancong yang menginap di hotel-hotel di sekitar bandar raya Kuching.

ACP Awang Din Awang Gani

Ketua Polis Daerah Kuching

Dalam pada itu, Awang Din menjelaska­n, pada 12, 13 dan 14 September ini akan diadakan raptai sambutan Hari Malaysia 2019.

Menurutnya, penutupan dan lencongan jalan akan bermula jam 7 malam sehingga selesai.

“Pada 10 dan 11 september 2019 juga akan diadakan raptai khas oleh pihak majlis seni dan beberapa jalan ke kawasan tersebut juga akan ditutup bermula jam 10 malam.

“Penutupan dan lencongan di laluan masuk dan keluar ke Jalan Mcdougall telah pun bermula sejak 5 September yang lalu dan akan terus ditutup sehingga 18 September 2019 berikutan kerja pembinaan pentas utama VVIP di kawasan tersebut,” ujarnya.

Selain itu katanya, orang awam yang datang dari arah Bulatan Ban Hock dinasihati tidak memasuki Jalan Mcdougall sebaliknya terus menggunaka­n jalan Lebuh Wayang.

“Kecuali mereka yang ingin menuju ke Gereja St Thomas, Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary dan Sekolah St Mary bolehlah menggunaka­n Jalan Mcdougall dan membuat pusingan ‘U’ di laluan yang ditetapkan sehingga 16 September 2019 jam 4 petang,” katanya.

Selain itu, beliau memberitah­u, orang awam yang datang dari arah Jalan Tun Abang Haji Openg tidak dibenarkan memasuki Jalan 3 Mcdougall kerana jalan tersebut telah ditutup sepenuhnya dari 5 hingga 18 September 2019.

Pada masa sama beliau berkata, orang awam dinasihati merancang masa perjalanan masing-masing pada tarikh dan masa sebagaiman­a yang telah dinyatakan sekiranya mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut.

“Sila patuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalu lintas serta arahan semasa oleh pegawai polis yang bertugas dan dilarang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan berdekatan venue sambutan yang boleh menyebabka­n kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalan raya lain.

“Tindakan penguatkua­saan akan diambil terhadap mana-mana orang awam yang mengingkar­i arahan pegawai polis yang bertugas dan kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan bagi melancarka­n majlis sambutan ini,” tegasnya.

Untuk pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubung­i Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik IPD Kuching di talian 082-221127 atau 082-221129 pada waktu pejabat iaitu dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.

 ??  ?? JALAN TUTUP: Awang Din mengadakan sidang media bagi memaklumka­n orang ramai tentang jalan yang ditutup sempena Hari Malaysia 16 September ini.
JALAN TUTUP: Awang Din mengadakan sidang media bagi memaklumka­n orang ramai tentang jalan yang ditutup sempena Hari Malaysia 16 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia