Utusan Borneo (Sarawak)

Ugut pengawal keselamata­n, buruh asing direman empat hari

-

MIRI: Seorang buruh kilang warga asing diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pengawal keselamata­n.

Suspek berusia 25 tahun dari Indonesia diperintah­kan menjalani reman di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Menurut keterangan penolong pegawai penyiasat, Sarjan Karam Singh Karnal Singh ketika mengemukak­an permohonan reman memberitah­u, pada 6 September lalu, seorang pengawal keselamata­n di sebuah kilang papan lapis di Kuala Baram membuat laporan polis di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, mangsa, 24, mendakwa sekitar jam 1 pagi hari sama ketika berada di pondok pengawal di kilang terbabit, dia didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang merupakan pekerja di kilang sama dan kemudian mengajakny­a bergaduh.

Bagaimanap­un, mangsa tidak mempedulik­an ajakan lelaki terbabit.

Sekitar jam 5.02 pagi hari sama, lelaki terbabit sekali lagi mendatangi mangsa sambil menunjukka­n objek tajam berupa sebilah keris yang disimpan dalam bajunya. Kejadian itu turut disaksikan dua rakan sekerja mangsa.

Menurut mangsa, kejadian berpunca kerana lelaki terbabit tidak berpuas hati dengannya yang pernah ternampak suspek mengambil bahan terlarang disyaki dadah.

Malah, suspek pernah mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kepada majikan perbuatann­ya dan sekiranya mangsa berdegil, suspek akan mencederak­an mangsa dan mengganggu isteri mangsa.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 4.15 petang hari sama sepasukan polis diketuai Inspektor Saiful Azizi Kamlun menangkap suspek di sebuah kuarters pekerja di Kuala Baram kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Karam berkata tempoh reman empat hari ke atas suspek diperlukan membolehka­n polis melengkapk­an siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim membenarka­n reman empat hari ke atas suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia