Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur asing ditahan bersama dadah jenis syabu di jeti penambang

-

BINTULU: Seorang penganggur warga asing telah ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu kerana memiliki dadah jenis syabu seberat RM7.2 gram yang dianggarka­n bernilai RM1,500 di jeti penambang Taman Sri Dagang di sini, sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan media berkata, melalui intipan yang dilakukan, pasukan BSJND IPD Bintulu telah menahan lelaki berumur 23 tahun itu di kawasan jeti kerana berada dalam keadaan mencurigak­an.

“Setelah pegawai penyiasat memperkena­lkan diri sebagai polis, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri daripada dicekup namun cubaan itu gagal kerana dikepung polis,” ujarnya.

Katanya pemeriksaa­n yang dijalankan telah menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dan dua keratan tiub straw warna kemerahan, setiap satu berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah Methamphet­amine (syabu) dalam poket baju yang dipakai suspek.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu turut positif mengambil dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana jika disabitkan bersalah, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun berserta sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, jika disabitkan bersalah, suspek berhadapan dengan hukuman RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan dalam tempoh pengawasan selama dua tahun.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Dadah yang dirampas daripada suspek di kawasan jeti penambang Taman Sri Dagang, Bintulu, tengah hari semalam.
BAHAN BUKTI: Dadah yang dirampas daripada suspek di kawasan jeti penambang Taman Sri Dagang, Bintulu, tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia