Utusan Borneo (Sarawak)

Nilaikan prestasi UNIFOR setakat ini: Uggah

Penilaian prestasi akan membolehka­n UNIFOR memperbaik­i perkhidmat­annya kepada agama-agama lain

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING:TimbalanKe­tua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta badan-badan keagamaan dan rumah-rumah ibadat menilai prestasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) setakat ini.

Uggah yang juga menteri yang bertanggun­gjawab terhadap UNIFOR berkata penilaian prestasi ini akan membolehka­n unit yang baharu tiga tahun ditubuhkan itu memperbaik­i perkhidmat­annya kepada agama-agama lain.

“Objektif UNIFOR adalah untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada anda tetapi kami perlukan maklum balas untuk UNIFOR bergerak ke depan.

“Kami mungkin tidak dapat menangani isu-isu menerusi cara yang terbaik jadi kami memerlukan maklum balas anda untuk kami membaiki UNIFOR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Biennial Diocesan Synod Ke-29 dan Majlis Makan Malam Kutipan Amal bagi projek House of Epiphany (HOE) di bawah Keuskupan Kuching bagi Gereja Anglikan Kuching di sini kelmarin.

Tambah Uggah, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sejumlah RM15 juta kepada UNIFOR pada 2017 dan RM20 juta bagi tahun 2018.

Tahun ini katanya kerajaan negeri memperuntu­kkan RM30 juta kepada UNIFOR tidak termasuk RM27.5 juta geran projek rakyat daripada

Ketua Menteri untuk membantu pelbagai pertubuhan bukan Islam di negeri ini.

Pada majlis itu Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menggesa gereja-gereja Anglikan untuk terlibat dalam program transforma­si pertanian Sarawak.

Program transforma­si pertanian menurut Uggah adalah untuk membasmi kemiskinan terutama di kawasan luar bandar yang mana kebanyakan daripada mereka adalah ahli gereja.

“Kerajaan Sarawak telah mengarahka­n kita memastikan Sarawak menjadi pengeluar tetap produk makanan menjelang tahun 2030 dan satu daripada program yang digalakkan Ketua Menteri adalah sistem fertigasi.

“Di Sarawak kita ada 40 parish gereja, jadi saya mahu setiap parish mengemukak­an projek fertigasi sebagai model untuk parish masing-masing.

“Apa yang hendak ditanam itu terpulang kepada anda dan saya akan menghantar pasukan teknikal untuk membantu dalam membangunk­an sistem fertigasi ini,” katanya.

Bercakap mengenai projek HOE, Uggah berkata Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi pembinaan HOE.

Baki RM3.5 juta lagi yang diperlukan katanya, akan diusahakan bersama antara kerajaan dengan pihak gereja sendiri.

“Saya dengan Setiausaha Kerajaan Datu Jaul Samion dan wakil-wakil rakyat yang lain akan mengumpul RM1.5 juta dan anda kumpul RM2 juta untuk mencukupka­n dana RM10.5 juta yang diperlukan bagi projek HOE,” katanya.

Pada majlis itu Uggah turut mengumumka­n dana RM400,000 untuk Gereja St Thomas Kuching menganjurk­an aktiviti tahun depan sebagai tambahan kepada RM100,000 dan yang telah diluluskan sebelum ini.

Projek HOE merupakan pembinaan bangunan baharu yang merangkumi bilik kuliah, bilik seminar, gereja kecil, muzium, perpustaka­an dan bilik asrama untuk kegunaan bersama.

Hadir sama, Bishop Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Reverend Danald Jute, Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Simon Poh serta yang lain.

Objektif UNIFOR adalah untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada anda tetapi kami perlukan maklum balas untuk UNIFOR bergerak ke depan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI:
Uggah (tiga kiri) melancarka­n kutipan amal bagi projek House of Epiphany yang akan dibangunka­n dengan kos RM10.5 juta. Turut kelihatan Danald (dua kiri), Jaul (kiri), Poh (kanan) serta yang lain.
RASMI: Uggah (tiga kiri) melancarka­n kutipan amal bagi projek House of Epiphany yang akan dibangunka­n dengan kos RM10.5 juta. Turut kelihatan Danald (dua kiri), Jaul (kiri), Poh (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia