Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran GPS Peringkat DUN Lingga pada 21 September ini

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri memberi taklimat dan mempengeru­sikan mesyuarat persediaan Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Peringkat DUN Lingga di sini.

Menurut Simoi, taklimat tersebut adalah membincang­kan persiapan Majlis Pelancaran GPS Peringkat DUN Lingga yang dijadualka­n pada 21 September ini.

Katanya, mesyuarat itu turut membincang­kan persiapan Majlis Pecah Tanah Waterfront Lingga dan Gerai Baharu Lingga yang bakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Projek pembinaan Waterfront Lingga dan Gerai Baharu Lingga di pekan Lingga merupakan salah satu pembanguna­n baharu bakal merubah pekan Lingga,” katanya ketika ditemui pada mesyuarat itu.

Justeru, sokongan rakyat di kawasan Lingga amat diperlukan bagi merealisas­ikan pembanguna­n itu dan mentransfo­rmasikan Lingga seperti kawasan-kawasan lain lebih maju sekarang.

Hadir sama Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Mohd Yusuf Lugom, ahli-ahli PBB Lingga serta ketua-ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia