Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 2,400 peserta menyertai Maju Sarawak Run

-

BINTULU: Dengan sambutan menggalakk­an dianggarka­n seramai 2,400 peserta menyertai Maju Sarawak Run sempena Karnival Tanglung Bintulu di Naim Paragon, di sini malam kelmarin.

Pelepasan peserta larian bermula di Paragon Bintulu dan acara Malam Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu disempurna­kan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datulk Talib Zulpilip mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Program anjuran FORCA Bintulu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Residen Bahagian Bintulu itu turut dihadiri Presiden FORCA Bintulu Chin Chee Fui, Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertanding­an tarian singa tradisiona­l, ‘harmony ride’, pertanding­an nyanyian, membuat tanglung, kanakkanak membuat kuih bulan dan sebagainya.

 ??  ?? RASMI: Talib (kiri) dan Chin (dua kanan) menyempurn­akan Malam FORCA pada Karnival Tanglung Bintulu.
RASMI: Talib (kiri) dan Chin (dua kanan) menyempurn­akan Malam FORCA pada Karnival Tanglung Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia