Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat berperanan sampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat

-

SRI AMAN: Ketua-ketua masyarakat berperanan sebagai ‘jambatan’ kepada kerajaan menyampaik­an maklumat mengenai dasar-dasar pembanguna­n disalurkan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pembanguna­n berterusan amat penting kepada rakyat di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, kerjasama semuaamatd­iperlukans­ebagai jambatan kepada kerajaan menyampaik­an maklumat dan dasar-dasar pembanguna­n yang disalurkan.

“Peranan ketua kampung, tuai rumah dan pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bukan sekadar sebagai pemimpin malah berperanan sebagai penggerak kepada dasar pembanguna­n disalurkan kerajaan.

“Sekiranya mereka tidak menjalanka­n tanggungja­wab diamanahka­n menggerakk­an dasar-dasar pembanguna­n kerajaan maka sukar kita menyalurka­n pembanguna­n ke kawasan terbabit,” katanya.

Rohani berkata demikian ketika merasmikan Program Sentuhan Rohani anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Batang Lupar di Rumah Nyuin, Tawang Tengah Tanjung Bijat di sini.

Beliau berkata, adalah menjadi harapan kerajaan agar rakyat terutama di kawasan luar bandar dapat mengubah corak pemikiran agar mereka menikmati pembanguna­n dirancang.

Rohani turut menyampaik­an sumbangan keperluan dapur dan sebagainya kepada seramai 27 penduduk dari sembilan rumah panjang di kawasan Tanjung Bijat di sini.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakam kenangan pada Jerayawara GPS-PBB Pantai Damai Ranting Pasir Pandak dan Pasir Panjang di Dewan Serba Guna Kampung Pasir Pandak pada Ahad.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakam kenangan pada Jerayawara GPS-PBB Pantai Damai Ranting Pasir Pandak dan Pasir Panjang di Dewan Serba Guna Kampung Pasir Pandak pada Ahad.
 ??  ?? TAKLIMAT: Simoi (tengah) menyampaik­an taklimat sambil diperhatik­an Mohd Yusuf (dua kiri) serta yang lain.
TAKLIMAT: Simoi (tengah) menyampaik­an taklimat sambil diperhatik­an Mohd Yusuf (dua kiri) serta yang lain.
 ??  ?? SUMBANGAN: Rohani (empat kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penduduk rumah panjang sambil diperhatik­an yang lain.
SUMBANGAN: Rohani (empat kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penduduk rumah panjang sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia