Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Muara Lassa ternyata rahmat kepada penduduk sekitar

-

SIBU: Persatuan Graduan Pulau Bruit (PGPB) berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menunjukka­n komitmen tinggi membangunk­an kawasan luar bandar.

Pengerusi PGPB Raduan Serap menganggap pembinaan Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos hampir RM600 juta adalah rahmat kepada penduduk di kawasan sekitarnya terutama di Pulau Bruit.

Katanya jambatan atas inisiatif kerajaan negeri itu dijangka siap dalam tempoh 48 bulan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk kawasan terbabit.

“Banyak manfaat pembinaan jambatan ini seperti memudahkan urusan ke pejabat daerah atau agensi kerajaan serta urusan bank, membeli keperluan harian dari kedai/pasar di Daro.

“Selain itu, penduduk terlibat aktiviti perniagaan lebih mudah memasarkan hasil pertanian atau produk mereka termasuk mempromosi sumber pelanconga­n di Pulau Bruit seperti pelanconga­n memancing ikan, inap desa di Kampung Sebako dan agro pelanconga­n.

“Pada masa sama, merancakka­n pembanguna­n kawasan pulau di mana segala bahan mentah pembinaan menjadi murah kerana dibawa langsung dari Sibu atau Sarikei,” katanya semalam.

Beliau turut mencadangk­an pembinaan pusat penjualan asas tani atau pusat hentian (RNR) di tepi jalan berhampira­n Kampung Semop atau Kampung Saai bagi melonjakka­n ekonomi penduduk.

“Penduduk di pulau ini berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menunjukka­n komitmen tinggi membangunk­an kawasan luar bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia