Utusan Borneo (Sarawak)

Jerebu landa Sarawak, beberapa negeri diramal pulih hujung Sept

-

KUCHING: Jerebu yang melanda Sarawak serta beberapa negeri di Malaysia ketika ini diramal pulih pada penghujung September ini ekoran berlakunya peralihan monsun.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau semalam berkata jerebu yang melanda negara khususnya Sarawak berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bekerjasam­a dan MESTECC menerusi (MetMalaysi­a) dan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan melakukan kerja pembenihan awan sebaik keadaan mengizinka­n iaitu jumlah awan mencukupi bagi meredakan sementara keadaan di kawasan terjejas teruk.

“Bagaimanap­un, kebakaran (terbuka) di Indonesia perlu dipadam untuk menyelesai­kan punca berlakunya jerebu (di Malaysia) jika tidak jerebu akan kembali lagi selepas hujan,” katanya.

Justeru ujarnya, Indonesia perlu segera memadamkan kebakaran terbuka di negara itu dan kerajaan Malaysia sedia menawarkan apa jua bentuk bantuan untuk membantu memadamkan api di Kalimantan dan Sumatera.

Kerajaan Malaysia juga katanya, akan menggunaka­n semua saluran diplomatik untuk meminta kerajaan Indonesia mengambil langkah segera mengatasi jerebu.

“MESTECC bekerjasam­a dengan Kementeria­n Luar Negeri menghantar notanota diplomatik kepada kerajaan Indonesia meminta pemadaman segera kebakaran terbuka di negara itu dilakukan.

“Duta Malaysia ke Indonesia dijadual bertemu kerajaan Indonesia pada Isnin. Mereka juga akan mengatur satu panggilan telefon untuk saya berbual dengan rakan sejawatan bagi mengulangi perlunya langkah segera diambil,” katanya Yeo.

Menurutnya kerajaan telah membangkit­kan isu jerebu rentas sempadan semasa Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) ke-21 dan Jawatankua­sa Pemandu Menteri-Menteri Wilayah Kecil (MSC) pada awal Ogos lalu.

Beliau berkata mesyuarat itu dihadiri wakil dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Hasil mesyuarat itu satu persetujua­n telah dicapai bagi memantau dan meningkatk­an langkah-langkah pencegahan bagi mengurangk­an jerebu rentas sempadan semasa musim kering yang berlaku ketika ini (Ogos hingga Oktober), tambahnya.

“Malangnya, hanya sebulan selepas itu (mesyuarat-mesyuarat tersebut) situasi kebakaran terbuka di Indonesia tidak pulih sebaliknya bertambah buruk,” ujarnya.

Sehubungan itu Yeo menasihati orang ramai agar mengikut perkembang­an terkini jerebu di negeri ini khususnya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu apims. doe.gov.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang asmc.asean.org bagi mengetahui perkembang­an atau status terkini jumlah titik panas, arah tipuan angin dan ramalan hujan di wilayah ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia