Utusan Borneo (Sarawak)

Harga topeng muka masih berpatutan, mampu dimiliki setiap orang

-

Tinjauan mendapati harga topeng muka masih kekal pada harga biasa iaitu RM1.50 sekeping ke atas dan mampu dimiliki setiap lapisan masyarakat di sini.

Seorang ahli farmasi yang enggan namanya disiarkan berkata pihaknya tidak menaikkan harga topeng muka terbabit kerana mahu orang ramai membelinya untuk tujuan kesihatan.

“Terdapat pelbagai pilihan topeng muka untuk mereka yang bertudung dan yang tidak bertudung pada harga RM4.80 untuk enam keping dalam satu pek dan ke atas bergantung kepada keselesaan dan kemahuan pelanggan.

“Oleh kerana jerebu semakin teruk, orang ramai perlu meminum banyak air dan digalakkan mengambil makanan tambahan iaitu Vitamin C sekali sehari sekitar 500 mg atau 1,000 mg,” tambahnya.

Oleh kerana di dalam jerebu terkandung benda yang berasid tinggi, ia akan menyebabka­n alahan dan kerengsaan pada kulit mereka yang sensitif.

Mereka yang mempunyai alahan pada kulit perlu menyapu losyen secara kerap bagi mengekalka­n kelembapan pada kulit.

Bagaimanap­un, sekiranya mereka mempunyai alahan pada kulit muka adalah dinasihatk­an untuk memakai masker muka yang semula jadi dan melembapka­n setiap malam serta menyapu sejenis krim yang boleh didapati di farmasi berdekatan.

Juga tidak digalakkan memakan daging dan makanan berlemak serta makanan laut yang boleh menyebabka­n alahan serta mandi menggunaka­n air sejuk pada setiap masa.

Sementara itu, Charles Doll Stanley, 28, ketika ditemui berkata beliau menggunaka­n topeng di dalam dan di luar bangunan untuk mengelakka­n diri daripada terkena serangan akut asma.

“Tetapi saya melihat banyak kalangan kita seperti tidak mempedulik­an perkara ini. Mungkin kerana mereka belum rasa sakit.

KUCHING:

“Saya baharu sahaja mendapatka­n rawatan di BMC kerana badan terlalu panas, kurang aktiviti di luar dan minum banyak air sekurangku­rangnya tiga liter sehari dan sekarang tidak sakit langsung,” ujarnya.

Bagi Nurhadiatu­l Sukinah Jamali, 29, tahap jerebu di Kuching semakin membimbang­kan dan menasihati orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka.

Juga mengelak daripada melakukan aktiviti luar melainkan jerebu sudah berada di bawah Indeks Pencemaran Udara (IPU) 100, katanya.

“Sekarang, minum air masak sebanyak yang mungkin dan elak daripada melakukan sebarang aktiviti luar, berhati-hati terutama sekarang banyak penyakit terutama asma, kerengsaan atau alergi pada kulit.

“Seperti saya terdapat alergi di muka dan kena kerap mencuci muka dan terasa gatal di muka walaupun selepas menyembur ‘face mist’ untuk tujuan melembapka­n dan saya sudah memakai topeng sejak empat hari yang lepas,” jelasnya.

Seorang ibu, Imelda Assandra, 35, berkata beliau sama sekali tidak membenarka­n anak-anaknya keluar dari rumah tanpa mengenakan topeng muka dan meminum air masak secukupnya setiap hari.

“Perlu memakai topeng muka di dalam atau di luar rumah terutama sekali kanak-kanak kerana mereka paling senang dijangkiti kuman dan penyakit

“Kalau tidak ke sekolah atau tuisyen, anak-anak memang tidak dibenarkan keluar dari rumah,” katanya.

Memang di rumah ada dipasang pendingin hawa supaya tidak ada debu dari luar masuk ke dalam rumah dan rasanya ia selamat sedikit. Lagipun cuaca di luar sangat panas.

Beliau dan suami memang membeli sekotak topeng muka dengan 50 keping di dalamnya di sebuah kedai di sini pada harga RM5.50 sahaja.

 ??  ?? KURANG KESEDARAN: Hanya segelintir orang ramai yang menyedari keperluan pemakaian topeng muka walaupun IPU di Kuching telah melebihi 200 sejak beberapa hari lalu.
KURANG KESEDARAN: Hanya segelintir orang ramai yang menyedari keperluan pemakaian topeng muka walaupun IPU di Kuching telah melebihi 200 sejak beberapa hari lalu.
 ??  ?? PELBAGAI:Jenis topeng yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pengguna pada harga yang berpatutan dan mampu milik.
PELBAGAI:Jenis topeng yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pengguna pada harga yang berpatutan dan mampu milik.
 ??  ?? CHARLES
CHARLES
 ??  ?? NURHADIATU­L
NURHADIATU­L

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia