Utusan Borneo (Sarawak)

Tangki air dihasilkan mengikut standard piawaian SIRIM

-

KUCHING: Tangki air berwarna coklat yang tular di laman sosial adalah dihasilkan mengikut langkah kawalan kualiti ketat dan mematuhi piawaian MS1225 yang diperakui SIRIM, menurut pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

JBALB menerusi satu kenyataan semalam menjelaska­n bahawa tangki air berkenaan diperbuat daripada food grade polyethyle­ne (PE) resins dan ia sangat fleksibel, ringan, tahan lasak, tahan lama dan tidak mudah rosak atau pecah.

Justeru, gambar tangki air PE yang kemek serta ditularkan di media sosial bukan menunjukka­n kualiti yang kurang baik, sebaliknya keadaan tangki yang kemek tersebut berpunca daripada kaedah atau cara ia diletakkan semasa dibawa ke kawasan luar bandar.

“Pihak JBALB sudah memberi peringatan kepada pihak pengangkut agar meletakkan dan membawa tangki air tersebut dengan cermat dan selamat serta dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada penerima,” ujar kenyataan tersebut.

“Ciri-ciri yang terdapat pada tangki air PE ini menjadikan ia sangat sesuai dan selamat digunakan dan dibawa ke kawasan-kawasan luar bandar yang jauh, terpencil dan mencabar dari segi logistik.

“Tangki air PE ini juga mempunyai 10 tahun jaminan daripada pengeluar,” katanya.

Tambah JBALB lagi, walaupun kemek, tangki ini tidak akan mengalami kerosakan jika digunakan dan akan kembali ke bentuk silinder biasa apabila diisi dengan air sepenuhnya.

 ??  ?? TETAP BERKUALITI: Tangki air PE yang kemek serta ditularkan di media sosial.
TETAP BERKUALITI: Tangki air PE yang kemek serta ditularkan di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia