Utusan Borneo (Sarawak)

SIPSB, LBAS meterai penyerahan hak milik alat bantuan pelayaran

-

BINTULU: Samalaju Industrial Park Sdn Bhd (SIPSB) dan Lembaga Boya dan Api Sarawak (LBAS) menandatan­gani memorandum penyerahan hak milik alat bantuan pelayaran di Kuching.

LBAS diwakili Pengarah Jabatan Laut Wilayah Sarawak Mohamad Marzuki Brahim manakala SIPSB diwakili Ketua Pegawai Operasi Matshalleh Mohamad Etli disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Majlis penyerahan hak milik alat bantuan pelayaran dipasang di SIPSB pada 5 September lalu setelah tempoh tanggungan penyelengg­araan enam bulan oleh SIPSB tamat pada 30 April lalu.

SIPSB yang ditubuhkan pada 2012 memainkan peranan memacu ekonomi Sarawak, satu keperluan asas dan pintu utama import kargo mentah dan eksport produk pemain-pemain industri di Taman Perindustr­ian Samalaju dan sekitarnya bagi merealisas­ikan pembanguna­n projek Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Fasa Interim (dua dermaga) mula beroperasi pada April 2014 dan Fasa 1 (tambahan lima dermaga Handymax dan Handysize) beroperasi sejak Jun 2017, setakat ini mengendali­kan sebanyak 7,391 juta tan kargo dan menerima 447 singgahan kapal.

Berucap pada majlis itu, Medan melahirkan rasa bangga serta terima kasih kepada SIPSB kerana melakukan penyelengg­araan alat bantuan pelayaran itu secara baik.

“Saya amat berbesar hati menyaksika­n simbolik penyerahan ini setelah tamatnya tempoh enam bulan tempoh tanggungan penyelengg­araan oleh SIPSB,” katanya.

Jelasnya, tanpa kerjasama, komitmen dan komunikasi dua hala berkesan antara kedua-dua pihak penyerahan peralatan bantuan pelayaran itu mungkin sukar dicapai.

Justeru, beliau berharap Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad khususnya SIPSB dan LBAS termasuk Jabatan Laut Wilayah Sarawak dapat meneruskan kerjasama memastikan keselamata­n operasi marin SIPSB berada pada tahap tinggi.

 ??  ?? METERAI: Matshalleh (dua kiri) dan Mohamad Marzuki bertukar memorandum penyerahan hak milik sambil disaksikan Mohammad Medan (tengah) pada majlis itu.
METERAI: Matshalleh (dua kiri) dan Mohamad Marzuki bertukar memorandum penyerahan hak milik sambil disaksikan Mohammad Medan (tengah) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia