Utusan Borneo (Sarawak)

BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital

-

JAKARTA: Presiden ketiga Indonesia Bacharuddi­n Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut setiausaha peribadiny­a, Rubijanto, bekas presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresiden­an Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu semalam.

Menurut Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan menziarahi BJ Habibie untuk sementara waktu ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantik­an Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menerima rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami ‘asphyxia’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia