Utusan Borneo (Sarawak)

Program Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku pupuk patriotism­e, perpaduan, nilai murni

-

KUCHING: Program Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku landasan terbaik untuk memupuk semangat patriotism­e, perpaduan dan nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong berkata, semangat dan nilai-nilai murni ini tidak dapat dipelajari daripada buku-buku teks dan sebagainya.

“Saya percaya menerusi program ini, peserta akan mempelajar­i nilai-nilai baik yang tidak dapat dipelajari daripada buku-buku.

“Justeru saya berharap Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak akan menganjurk­an lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Sijil Program Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku 2019 di Kem Eko Sumiran di sini kelmarin.

Bercakap mengenai program tersebut, Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hashim berkata, seramai 55 pelajar menyertai kem itu melibatkan enam sekolah.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, SMK Bako, SMK Agama Matang, SMK St Thomas, SMK Sadong Jaya dan SMK Muara Tuang.

Antara pengisian program sepanjang kem tiga hari bermula 6 hingga 8 September ini ialah ceramah, syarahan, dialog, latihan dan perbincang­an dalam kumpulan serta aktiviti riadah.

Dalam pada itu kem ini merupakan salah satu program tahunan yang mengumpul peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Malaysiaku.

Program ini juga merupakan satu kegiatan kokurikulu­m yang dilaksanak­an secara perkongsia­n pintar bersama Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Sehingga tahun 2018, sebanyak 809 Kelab Malaysiaku telah ditubuhkan di seluruh negara dengan ahli seramai 32,360 pelajar.

 ??  ?? TAHNIAH: Violet (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta Program Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku 2019. Turut kelihatan Abang Sardon (kiri).
TAHNIAH: Violet (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta Program Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku 2019. Turut kelihatan Abang Sardon (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia