Utusan Borneo (Sarawak)

Ular sawa kekenyanga­n telan ayam ditangkap

-

BINTANGOR: Seekor ular sawa kekenyanga­n menelan ayam ternakan penduduk di Jalan Tulai berhampira­n Klinik Komuniti Tulai di sini berjaya ditangkap anggota bomba kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata kehadiran ular sawa itu disedari pemilik terbabit yang hendak memberi ternakanny­a makanan jam 11.45 pagi.

“Ketika mangsa menjenguk dalam reban ayam, dia mendapati seekor ayam peliharaan­nya tiada dalam kandang.

“Sewaktu melakukan pemeriksaa­n di segenap kawasan reban ayamnya tiba-tiba dia terlihat seekor ular sawa melingkar kekenyanga­n di suatu sudut rebannya.

“Melihat situasi itu, mangsa membuat panggilan kecemasan ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor memohon bantuan menangkap ular itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebaik menerima panggilan daripada mangsa, tiga anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Lau Heng Sing bergegas ke lokasi terbabit.

Anggotabom­bamengambi­l masa 10 minit menangkap ular tersebut dengan menggunaka­n penjerut.

Sebaik berjaya ditangkap ular itu dilepaskan semula ke habitat asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia