Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Sacred Heart, Methodist juara pertanding­an syarahan

-

SARIKEI: Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Mukah akan menganjurk­an EDU Fun Run Matu 1.0 Peringkat Daerah Matu, pada 2 November akan datang.

Program larian sejauh empat kilometer ini dibahagika­n kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan membina kesedaran tentang kepentinga­n aktiviti fizikal terhadap tubuh serta kesihatan diri.

Program ini turut menjadi platformke­padawargap­endidik dalammembi­na,memupukdan melahirkan masyarakat yang berdaya saing secara sihat.

Selain itu, program ini turut memberi manfaat kepada pihak STU dalam mencari dana tambahan untuk melaksanak­an aktiviti-aktiviti persatuan.

Setiap peserta yang berminat menyertai larian ini akan dikenakan yuran penyertaan RM50 setiap seorang manakala tarikh tutup untuk membuat pendaftara­n bagi menyertai pertanding­an ini adalah pada 27 September, jam 5 petang.

Pemenang pertanding­an ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 bagi juara, naib juara RM150 dan ketiga RM100 untuk kedua-dua kategori.

Larian ini akan bermula di Dataran Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) Matu, bermula jam 6 pagi.

Sementara itu, bagi yang telah mendaftar dan membayar yuran penyertaan, mereka akan diberikan baju-T dan nombor pendaftara­n.

Baju-T dan nombor ini boleh dituntut daripada pihak urus setia pada 27 Oktober mulai jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari sama ada di Dataran MDMD Matu atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan n program ini bolehlah diajukan kepada pihak urus setia pertanding­an iaitu Faridawati­e di talian-0194391575, Mastura (010-3433846), Davern (013-8363930) dan Aziez (016-8783902) pada waktu pejabat. SIBU: Wakil Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart dan SMK Methodist Sibu muncul juara pada pertanding­an SAGA Inter-school Impromptu Speech Contest 2019 yang berlangsun­g di Wisma Hua Wen Du Zhong kelmarin.

SMK Sacred Heart yang diwakili Jason Kong Zheng Yang muncul juara bagi kategori senior manakala Raymond Kimura daripada SMK Methoidst Sibu juara untuk kategori junior.

Sebanyak 30 pelajar daripada 12 sekolah mengambil bahagian dalam pertanding­an anjuran Persatuan Graduan Australia Sarawak (SAGA) Wilayah Tengah dengan kerjasama Kelab Toastmaste­rs Swan City.

Bagi kategori senior ia disertai seramai 14 pelajar manakala 16 pelajar untuk kategori junior.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi SAGA Wilayah Tengah Temenggung Datuk Vincent Lau berkata, antara tujuan utama penganjura­n pertanding­an itu adalah untuk meningkatk­an standard bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat, terutama pelajar sekolah.

Jelasnya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, termasuk untuk tujuan perdaganga­n, pendidikan dan sebagainya.

“Langkah sebegini diharap sedikit sebanyak dapat membantu meningkatk­an kualiti bahasa Inggeris dalam masyarakat dan pelajar sekolah,” ujarnya.

Sementara itu, naib juara untuk kategori senior disandang Sia Yi Zhen, diikuti Ryan Chen Yi (ketiga), Alvyian Sonia Judo (keempat) dan Ecendria Lau Yi Zhen (kelima).

Kategori junior pula menyaksika­n naib juara dimenangi Marianne Jasmine Chua, Khairun Zhafifah Affendie (ketiga), Ting Yie Xuan (keempat) dan Charlene Santa Matthias (kelima).

Pemenang sagu hati ialah Pet Leh Ting, Lydia Soon Jia Ying, Nur Atiqqah Hamka, Cristiano Leonardo, Theodora Lau Xin Yu dan Safarina Shrutika Arunegeri.

Penyampaia­n hadiah kepada pemenang kategori senior disempurna­kan Temenggung Datuk Vincent Lau manakala kategori junior disampaika­n Presiden Kelab Toastmaste­rs Swan City Jane Moh.

Hadir sama pengasas Kelab Toastmaste­rs Swan City Dr Clement Chen.

 ??  ?? TAHNIAH: Lau (empat kiri), Jane (dua kiri) dan Dr Clement (berdiri, paling kanan) merakam kenangan bersama peserta kategori senior, sementara Jason (duduk, empat kiri) memegang piala yang dimenangin­ya.
TAHNIAH: Lau (empat kiri), Jane (dua kiri) dan Dr Clement (berdiri, paling kanan) merakam kenangan bersama peserta kategori senior, sementara Jason (duduk, empat kiri) memegang piala yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia