Utusan Borneo (Sarawak)

‘Jangan peralat isu sensitif untuk kepentinga­n sendiri’

Kebebasan dan hak yang dijanjikan kepada rakyat mestilah tidak melangkaui nilai-nilai yang menjadi asas perpaduan

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bertitah mengingatk­an seluruh rakyat Malaysia supaya tidak memperalat­kan isu-isu sensitif bagi kepentinga­n mana-mana pihak.

Titah Seri Paduka setiap rakyat dijanjikan hak serta kebebasan berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n, namun kebebasan tersebut mestilah tidak melangkaui nilai-nilai yang menjadi asas perpaduan negara.

“Begitu juga dalam agenda politik, mesti ada noktah dan batasan yang tidak harus kita langgar. Jika polemik politik dibiarkan berlarutan, lambat-laun rakyat juga yang akan mendapat padahnya.

“Percayalah, perpaduan dan keamanan yang telah terbina selama 62 tahun ini jika hilang, akan sukar untuk dikembalik­an. Nasihat Beta, buanglah yang keruh, dan ambillah yang jernih, manamana yang tercalar, rawatilah segera agar yang retak akan

kembali bertaut,” titah AlSultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsun­g di Istana Negara, semalam.

Al-Sultan Abdullah bertitah baginda menyambut baik usaha-usaha kerajaan, dalam menghadapi suasana ekonomi dan geopolitik yang semakin mencabar, serta mengalualu­kan pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengukuhka­n ekonomi dan kewangan negara, di samping menangani kos sara hidup dan membasmi kemiskinan.

“Dalam hal ini, kerajaan Beta perlu sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmat­an yang disediakan kepada rakyat.

“Beta berharap golongan yang memerlukan seperti rakyat yang miskin, kurang upaya dan kumpulan B40, hendaklah diberikan perhatian dan bantuan agar mereka tidak tercicir daripada arus pembanguna­n,” titah Seri Paduka.

Selain itu, pembentuka­n nilai-nilai mulia dalam amalan kehidupan masyarakat hari ini adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, titah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berintegri­ti, Al-Sultan Abdullah bertitah, generasi muda perlu dipersiapk­an dengan ilmu pengetahua­n dan nilai jati diri yang tinggi.

Justeru, Seri Paduka menyaranka­n agar programpro­gram yang boleh menyemai nilai-nilai mulia, jati diri dan semangat patriotism­e, hendaklah dianjurkan di setiap pelosok negara.

“Melalui pendekatan ini, Beta berkeyakin­an kita akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang berintegri­ti dan akan turut berupaya membentuk sebuah negara yang mempunyai nilai-nilai jati diri dan patriotism­e yang tinggi,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah pada istiadat berkenaan turut mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu di atas kepercayaa­n dan sokongan yang diberikan kepada Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Seri Paduka turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anggota pentadbira­n, penjawat awam dan anggota pasukan keselamata­n yang sentiasa taat setia dalam melaksanak­an tugas selain warga Istana Negara yang banyak membantu Seri Paduka dalam menggalas amanah sebagai Ketua Utama Negara. — Bernama

Begitu juga dalam agenda politik, mesti ada noktah dan batasan yang tidak harus kita langgar. Jika polemik politik dibiarkan berlarutan, lambat-laun rakyat juga yang akan mendapat padahnya.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Yang di-Pertuan Agong

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTITAH: Al-Sultan Abdullah ketika bertitah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam. ¨Turut mengiringi, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.
— Gambar Bernama BERTITAH: Al-Sultan Abdullah ketika bertitah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam. ¨Turut mengiringi, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia