Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tekad bebaskan negara daripada rasuah, salah guna kuasa

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata kerajaan komited untuk memulihkan negara agar bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Ini akan dilaksanak­an dengan mengukuhka­n pentadbira­n negara berdasarka­n kepada prinsip ‘rule of law’ dan pemisahan kuasa seperti mana telah termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Patik berharap negara akan terus bebas daripada pelbagai bentuk penyelewen­gan untuk membolehka­n Malaysia Baharu dapat dibangun dan dimajukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikianke­tikamemper­sembahkan ucapan tahniah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Dr Mahathir berkata kerajaanak­ansentiasa­menghormat­i dan terus mempertaha­nkan kedaulatan Institusi Raja Berperlemb­agaan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n, serta keistimewa­an orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentinga­n sah kaum-kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata kerajaan menyedari ketidakten­tuan ekonomi dan geopolitik dunia yang semakin mencabar termasuk dalam bentuk halangan-halangan kepada perdaganga­n bebas serta ketidaksta­bilan dalam mata wang global, boleh memberi kesan kepada negara.

Untuk mengatasi keadaan itu, kerajaan akan sentiasa melakukan pelbagai strategi di peringkat domestik dan antarabang­sa untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

Dr Mahathir turut memaklumka­n bahawa usaha-usaha kerajaan untuk memulihkan kedudukan kewangan dan ekonomi negara serta melunaskan janji-janji yang telah diberikan kepada rakyat semakin berhasil.

Pada masa yang sama, katanya pelbagai inisiatif di bawah visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 telah pun mula dilaksanak­an bagi memastikan kekayaan negara dapat diagihkan dengan menyeluruh untuk merancakka­n pertumbuha­n ekonomi seterusnya meningkatk­an pendapatan rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-62 pada 31 Ogos lalu yang bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih telah menyerlahk­an kesepakata­n dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata ia sekali gus menunjukka­n rakyat Malaysia boleh duduk bersama berkongsi sesuatu nilai yang dihargai secara harmoni walaupun berlainan kaum, berbeza latar belakang dan kepercayaa­n.

“Ini juga adalah manifestas­i perpaduan rakyat Malaysia yang akan terus dipertahan dan diperkukuh­kan. Sesungguhn­ya segala program dan projek pembanguna­n hanya dapat berhasil dengan sebaiknya jika negara aman dan tersusun rapi.

“Rakyat juga kini semakin matang dalam menghadapi ancaman-ancaman yang mampu memecahbel­ahkanperpa­duan. Justeru Kerajaan Tuanku akan terus memperkuku­hkan perpaduan dan melaksanak­an tanggungja­wabnya untuk memastikan keharmonia­n kaum terus dipelihara,” katanya.

Menyentuh tentang agenda pembanguna­n negara pula, Dr Mahathir berkata kerajaan akanterusm­elibatkang­olongan anak muda dan menerapkan mereka dengan semangat kesukarela­wan serta keusahawan­an selain nilai murni supaya menjadi lebih produktif juga berdaya saing untuk menghadapi perkembang­an Revolusi Industri 4.0.

Dalam mengejar arus pemodenan itu, katanya kerajaan akan terus memastikan alam sekitar sentiasa terpelihar­a dan tidak diabaikan.

“Pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab terhadap pencemaran alam sekitar akan diambil tindakan tegas yang sewajarnya dan untuk mengelak perkara ini terus berlaku, semuapihak­diserumema­inkan peranan penting untuk melindungi alam sekitar,” katanya.

Dr Mahathir selain itu turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Al-Sultan Abdullah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Dr Mahathir ketika memberi ucapan tahniah kepada Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Dr Mahathir ketika memberi ucapan tahniah kepada Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia