Utusan Borneo (Sarawak)

Agong berangkat ke istiadat pengurniaa­n darjah kebesaran

-

KUALALUMPU­R:Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2019 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Keberangka­tan tiba Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h di Istana Negara di sini disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seri Paduka kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dibarisi empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohd Shaiful Amir Omar.

Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang diPertuan Agong kali ini, seramai 795 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2019.

Daripada jumlah itu, seramai 42 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing semalam.

Istiadat penganuger­ahan itu adalah yang pertama selepas Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh gilang-gemilang di Istana Negara pada 30 Julai lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Al-Sultan Abdullah bersama RTunku Hajah Azizah melambai ke arah petugas media yang terlibat dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Al-Sultan Abdullah bersama RTunku Hajah Azizah melambai ke arah petugas media yang terlibat dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia